Bunuh Diri

"Ghazik! Kenapa u tinggalkan i? Sampai hati u ghazik. U tahu kan i sayang kan u. U dah jadi suami i yang sah. Kenapa u sanggup curang ngan i. Dalam perut ni anak kita Ghazik. Sampai hati u Ghazik. " Tangis Hani di luar pagar jambatan gantung dimana lokasi masyarakat membunuh diri. Dalam bulan itu, sudah 40 orang dah bunuh diri di situ. Punca utama pembunuhan diri terbabit.

Kembali dengan senario tadi, Hani teresak esak menangis mengenangkan perbuatan Ghazik terhadapnya. Tidak habisnya berfikir, dia mengusap perutnya dengan tangan kanannya mendodoikan anak yang sedang dikandungnya itu. Sebelah tangan pula menggengam erat gambar suami kesayangannya. Hani bersandar seketika memikirkan apa yang telah terjadi.

Hani tekad ingin membunuh diri kerna dia tak sanggup lagi untuk mengharungi kehidupan ini, sudahla Hani memang papa kedana sedia ada semenjak kematian arwah ayah dan ibunya. Hanya sebatang kara, hidup hanya menumpang harta suaminya sahaja si Ghazik. Sekarang tempatnya bergantung harap juga sudah hancur punah bila Ghazik mulai menduakan dan permainkan perasaannya.

Memang kudrat seorang wanita, hanyalah insan yang selemah lemah insan dengan hatinya yang bak kaca, senang pecah menjadi kepingan. Sangat hancur bagi seorang wanita bila mendapat tahu insan yang disayanginya main kayu tiga, lagi lagi wanita seperti Hani.

"Nak, ikut mak sekali tau. Kita pergi ke tempat yang jauh dari kebingitan duniawi. Takpa nak, nanti kat sana mak jaga kamu elok elok. Jangan kamu risau ye mak akan sentiasa jaga kamu. Mak sayang kamu nak. Jangan tinggalkan mak tau nak.. Jangan kamu ikut perangai ayah kamu tu nak. Ingat pesan ibunda ni. Jagalah hati dan jagalah perasaan orang yang akan kamu sayangi nanti. "Meleleh leleh air mata Hani mengusap kandungannya yang sudah berusia 8 bulan itu.

Bagi seorang wanita yang mengandung, mereka sangatlah memerlukan kasih sayang seorang suami di sisinya. Kesedihan Hani kini hampir mencapai tahap kemuncaknya.

"Dahla.. Anakku.. Marilah kita pergi nak. Mak tak sanggup lagi nak teruskan hidup dalam dunia ini. Tanpa sesiapa. Hanya kamu dan mak sahaja. Mak sayang kamu.........

ZZZZZZZZZZ!!! BUNYI siaran televisyen terputus.
" Masa masa genting ini juga lah siaran buat hal.. ADUHHH!! tak tau ke dah menangis dah ni... Terbantut air mata ku yang bongsu nak keluar.. Jahanam punya siaran. MMAAAAAAAAAAAKKKKKKKKKK!!!! SIARAN PUTUS!!!!"pekik Ika.

"HAAAAA! BAGUSLAAAAA KALO TERPUTUS. SYUKUR ALHAMDULILLAH. MAK BERSYUKUR SANGAT SIARAN TERPUTUS! ANAK PEMALAS. KO TAU TAK DAH TEGAK MATAHARI KAT LUAR TU.. KO MASIH BELOM MANDI. APE NAK JADI KAU NI.!!! " Pekik Mak Peah juga menyambut pekikkan Ika dari dapur.

Begitulah kehidupan anak beranak tu. Kalau tak sehari tak bergadoh. Memang tidak sah.

#The end