P.R.O.L.O.G

"AKU terima nikahnya Zarina Medina Binti Dato Azman dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."

Air mata Zarina Medina menitis saat lafaz kalimah itu diungkap. Sedih? Gembira? Dia tidak tahu dia gembira atau sedih. Tiada perasaan yang dapat menerangkan keadaan Zarina Medina sekarang.

Dia tidak mahu berkahwin dalam keadaan begini. Dia punyai impian dan masa depan. Segalanya punah dek perkahwinan yang dijalankan. Semua hanya kerana satu, Dato Azman!

"Ari, hulurkan tangan. Suami kamu nak salam.." Kedengaran suara mak cik mengarah Zarina.

Zarina mendongak memandang suami nya. Seorang lelaki berpakaian baju melayu warna putih amat sedondon dengan Zarina. Jelas sekali terpamer diwajah Helmi Ikram bahawa dia tidak bahagia. Dia tidak gembira dengan perkahwinan ini. Langsung tiada segaris senyuman di bibir Helmi.

Dia hanya akur menyalami tangan sang suami 'tercinta'. Situasi tersebut sangat kekok.

"Am, apa lagi? Cium lah dahi isteri kamu"

Zarina mengetap bibir. Mak cik ni lah! Sibuk aje nak suruh kiss dahi aku!

Zarina merenung tepat mata Helmi Ikram. Tajam renungan Zarina Medina kepada Helmi Ikram. Kau kiss dahi aku, maut menanti kau!

Tanpa segan silu, Helmi memegang ubun ubun Zarina. Bibir Helmi mendarat didahi Zarina. Lama.

Zarina terkelu. Mata Zarina tidak berkedip memandang Helmi yang sudah melepaskan tautan bibir pada dahi. Mata Zarina dan Helmi bersatu.

"Am.. Ari.. Kamu dua orang rehat lah dalam bilik. Mesti penat kan" Puan Maryam, ibu Helmi Ikram mula bersuara. Janggal melihat Helmi dan Zarina saling berpandangan. Malu orang tengok tau! Kalau nak pandang, buat lah dalam bilik!

Zarina dan Helmi mengangguk kecil lalu meminta diri untuk berehat didalam bilik.

--------------------------------------------------------------------
ZARINA duduk menghadap ke luar jendela. Pemandangan padi yang hijau segar sangat menyejukkan matanya. Burung bertebangan. Kanak kanak riang berlari disana sini. Angin bayu mengenai muka Zarina. Damai sungguh rasa ini. Tenang hati Zarina. Terasa segala beban telah hilang. Begini kah rasa duduk di kampung?

Inai di tangan dibelek belek. Inai yang unik bercorak bunga menghiasi kedua dua belah tangan. Pandai Puan Maryam lukis inai. Puan Maryam sudah menjadi ibu mertua Zarina. Zarina tersenyum meleret.

Tanpa disedari, Zarina mengeluh perlahan.

Bila lah semua ini akan berakhir? Bila la semua penderitaan ini akan tamat?

Pintu bilik kayu dikuak.

Kelihatan Helmi Ikram berpakaian baju melayu putih dan songkok. Harus Zarina akui. Helmi tampak segak memakai baju melayu. Tetapi ianya tidak lengkap dengan senyuman.

"Maaf sebab terpaksa libatkan kau dalam masalah aku." Sebelum tercetus peperangan, baik dia memohon maaf terlebih dahulu. Mengangkat bendera putih. White flag! Tetapi Zarina berasa kesal kerana Helmi terpaksa menjadi kambing hitam dalam masalah nya.

Helmi memandang cermin di sebelah pintu kayu. Dia menanggalkan songkok. Dia meraup rambut nya. Menyerlahkan rambut hitam Helmi yang serabut dan sedikit basah dek peluh.

Zarina mencebik. Pikir dia hensem? Langkah mayat aku dulu!

"Tahu pun nak minta maaf." sinis Helmi sambil menanggalkan butang baju melayu.

"Mestilah. Dah belajar dari darjah 1. Tak kan tak tahu nak kata 'I'm sorry'.." balas Zarina sambil berpeluk tubuh.

Helmi memandang tepat wajah Zarina Medina. Dia amati wajah polos itu.
Zarina berasa kekok dengan pandangan Helmi yang sukat ditafsir. Mata itu asyik pandang muka aku aje! Make up aku comot ke?

" Asal kau pandang aku? Dah puas hidup?" soal Zarina tidak berpuas hati. Mencerlung mata Zarina sambil memandang Helmi yang tegak berdiri. Cungkil mata masak lemak baru tahu! Tak sayang nyawa dan mata sungguh!

"Harap muka aje cantik tapi mulut.." sinis Helmi sambil menggelengkan kepala.

Zarina mengetap bibir. Tak sayang nyawa! Ada juga yang makan bantal ni kang.

"Pernah makan sup bantal..?" soal Zarina sambil mengukir senyuman.

Helmi mengikut sahaja rentak Zarina. Dia menggelengkan kepala tanda tak pernah.

"Nampak ni? Ini lah sup bantal.." Zarina menunjukkan bantal yang berada di tangannya.

"Kau rasa aku nampak tak?" Helmi pula bermain tarik tali.

"Kalau mata kau aku cungkil baru tak boleh nampak" balas Zarina selamba.

"Berani cungkil lah!" cabar Helmi Ikram lalu berdiri menginjak acah acah tinggi.

Zarina mengetap bibir. Kurang asam! Mentang mentang aku pendek!

"Kau kena ingat, aku yang tolong kau. Tolong kau bebas dari playboy. Patutnya kau bersyukur tau" ujar Helmi

Zarina mencebikkan bibir. Mula dah angkat bakul sendiri!

"Eleh... Ada ramai aje lelaki yang boleh disewa sebagai suami" balas Zarina. Ari!!! Kau merapu apa?! Mana ada suami untuk disewa selain Helmi Ikram!!

"Ye ke?" Mata Helmi dikecilkan sambil merenung Zarina yang beriak selamba.

"Entah! Malas nak layan kau!" Zarina bingkas bangun lalu menggapai tuala.

"Ingat! Kau tu cuma suami Untuk disewa!"