BAB 5

“SAYA tanya ni, kenapa tak jawab?” suara itu meninggi sedikit.
Zatilhusna yang tadinya kelihatan tenang mulai nampak berang.

“Jangan nak marah-marah saya boleh tak? Saya sibuk kerja.
Awak tak boleh nak harapkan saya jawab segala call dan mesej awak.
Macam saya tak ada kerja lain!” senada juga Zatilhusna membalas.

Serentak itu, jelas kedengaran dengusan yang menampar cuping
telinga. Zatilhusna sedar, keadaan mood mereka berdua terumbang-ambing
bagai dipukul ombak. Tetapi masalah ini berpunca daripada siapa? Ahmad
Zafar jugak! Hatinya yang geram hanya membuatkan dia bersetuju tanpa
berfikir dengan andaian itu.

“Zatil… please. Let don’t make this thing worse… I’m
already here for you.” Suara Zafar merendah. Dan Zatilhusna pula mengeluh.

“Awak bukan seorang…” Kecewa nada Zatilhusna. Walaupun dia
tahu keputusan hatinya, tapi rasa kecewa itu terus menghantui diri.
Tidak mahu terus berbicara, dia terus mematikan talian telefon. Tanpa
dipinta, air matanya sudah mulai jatuh. Dia terasa begitu lemah.
Walaupun ujian ini tidaklah sebesar mana jika hendak dibandingkan dengan
orang lain yang mempunyai masalah lebih besar daripadanya.

Bunyi mesej masuk kedengaran. Lantas Zatilhusna mengesat air
mata. Tidak kuasa hendak berdrama air mata lebih-lebih di tempat kerja.

Do you love me, Zatil? If you think yes, then we will
proceed. If no, then I’ll just leave. But… I won’t be here if it is not
of HIS will…

Mesej yang diterima itu makin menghilangkan rasa sedangkan
Zatilhusna tahu, lelaki itu yang dicinta. Cinta ini benar-benar
mendukacitakan jiwanya.
Benarlah kata orang, cinta manusia boleh berubah bagai pantai yang
dilanda ombak. Sekali air bah, sekali pantai berubah. Namun tidak jika
yang dikejar itu cinta Allah. Allah tidak pernah berpaling daripada
hamba-Nya. Bahkan terbentang sejuta kasih buat hamba-Nya yang beriman
dan memohon taqwa pada-Nya.
“Jauh termenung Doktor Zatil…”
Zatilhusna tersentak. Melihatkan figura yang bertandang di depan mata,
hatinya yang sememangnya tidak tenang menjadi makin tidak senang.