BAB 15

“KENAPA baru hari ni you nak ucapkan semua alasan you? Do you think I
care?” Kasar kata-kata itu. Langkah Zatilhusna yang tadinya laju, terus
terpaku. Matanya cepat sekali menangkap bayangan Jeslina yang sudah
tertunduk menekur jalan tar di kawasan letak kereta ini.

Fathi nampak begitu marah. Zatilhusna mengeluh kecil. Fathi
yang sering dikenali dengan sandaran doktor terbaik, kini tidaklah
begitu ‘terbaik’ dalam mengendalikan soal hidup. Setiap yang diberi
kelebihan, pasti ada kelemahannya. Kerana itu, Allah ciptakan manusia
untuk melengkapi antara satu sama lain. Tidak kira sebagai pasangan,
sebagai sahabat, sebagai teman… semuanya saling melengkapi.

“Fathi… I tak pernah berniat untuk tinggalkan you dan
anak-anak. You tak percayakan hal tu, I tak kisah… I cuma nak you
izinkan I jumpa dengan anak-anak… I rindu,” sayu permintaan Jeslina.

“Sekarang baru rasa rindu? Apa gunanya? Anak-anak pun bukan
ingat dengan you!”

“Jehan ingat I, Fathi. You jangan buat I macam ni… I tahu
salah I, untuk tu… I minta maaf. I minta maaf banyak-banyak… tapi,
tolong… I nak tengok anak I. I takkan minta lebih, cukup kalau sejam
untuk sehari. I won’t ask for more… trust me. I just want to spend some
time with them before… I leave…” sekali lagi Jeslina mencuba.
Harapannya besar. Semoga Fathi mengizinkan. Dia tidak mahu lelaki itu
marah lagi kepadanya.

“If you want to leave, you can leave! I just don’t care…
and please, jangan ganggu ketenteraman hidup I lagi!”

Langkah Fathi sudah meninggalkan Jeslina sendirian. Sedikit
pun tidak ada ruang untuk Fathi berpaling ke belakang. Seakan sudah
keras hatinya. Zatilhusna menggeleng kecil sebelum berpaling semula ke
arah Jeslina.

“Ya Allah!” jeritan kecil Zatilhusna meletus.