BAB 2

KEPALANYA dipegang kuat. Cuba memastikan tiada apa-apa yang tertanggal.
Kemungkinan ada komponen di dalam kepala sudah beralih posisinya
disebabkan tekanan di luar kawalan ini. Perlahan, nafas ditarik dan
dihembuskan. Dia cuba bertenang sehabis yang mungkin. Matanya sudah
beralih ke hadapan. Wajah Derrick dipandang tajam. Kalau boleh dibuat
gulai, sudah dibuatnya sekarang.

“Dear…” lembut suara Derrick mengalun kata.

“Apa dear-dear?! Dah bagi sakit hati aku, boleh pulak duk
panggil dear. Ikutkan hati tengah panas ni… saya campak awak dekat
luar. Biar kena gilis dengan kapal terbang!” marah Zatilhusna.
Dihamburkan sahaja kata-kata kerana dia amat yakin, Derrick tidak
memahami walau sepatah.

Tawa Derrick membuatkan dia mencebik geram.

“Tahulah tengah marah… tapi sanggup nak tengok saya mati
kena gilis kapal terbang?”

Zatilhusna tergamam. Apa yang dia dengar sebentar tadi?
Bukan dari meja sebelah kan? Wajah Derrick dipandang dengan rasa tidak
percaya.

“Surprised sayang?” soal Derrick mengusik.

Zatilhusna yang seakan tergamam, mencebik semula.
“Menyampahnya saya dengar awak panggil sayang. Huh!”

“What? Sampah?”

“Menyampahlah!” ditekan geram.

“Okay… okay… don’t be angry. I’m here to explain.” Pujuk
Derrick.

“Explain what? You are married with that lady. What else
that left to be explained?” Zatilhusna mulai berangin. Sakit hati.
Sakit jiwa! Lepas ini, dia hendak minta tukar masuk wad psikatrik pula.
Biar jadi gila. Hesy! Nauzubillah.

“Of course there is one more thing to be explained. I am
here to meet you… to propose you… to marry you, sweetheart.”

“In your dream, Mister Derrick!” Zatilhusna sudah bangun
dari bangkunya. Tidak cukup dengan menghancurkan harapannya. Lelaki itu
masih mengimpikan untuk berkahwin dengannya.

“Zatil…” Derrick memanggil. Biarpun Zatilhusna sudah berlalu
tanpa mempedulikan panggilannya itu.

“Zatil… call me Zafar.”

Terkaku langkah Zatilhusna. Biarpun sudah jauh, telinganya
masih mampu mendengar. ‘Zafar…’

“When I became a muslim, I want to be called as Zafar.”
Kata-kata berulang di ruang minda. Zatilhusna masih ingat akan momen
yang pernah dilaluinya.

“Why Zafar?” soal Zatilhusna ceria. Wajah Derrick yang
tersenyum gembira ditatap lama.

“It means, victory, success. I want to be success with His
bless.”

Zatilhusna masih ingat. Ia merupakan nama yang diidamkan
Derrick. Sering disebut-sebut oleh lelaki itu. Zafar!

“Assalamualaikum… I’m Ahmad Zafar Martell Abdullah.”

Zatilhusna tergamam lagi. Dia semakin tidak faham. Jika
dihadapannya kini bukan Derrick, tetapi Zafar. Dan siapa pula gerangan
yang mengaku sebagai isteri kepada Zafar tadi?