PROLOG

12 FEB 2018 ,

Naqib baru selesai memberi butir pengenalan diri untuk PT3 nanti .

Dia tidak langsung memikirkan tentang pelajaran , yang berada dalam otak nya adalah mahu bermain game nya selepas pulang sekolah .

***

Naqib sedang seronok bermain game walaupun dia tahu ini adalah tahun untuk menduduki peperiksaan besar iaitu PT3 .

Naqib selalu mendapat tempat terendah dalam tingkatan nya , tingkatan bukan kelas . Maksud nya dia adalah pelajar tingkatan 3 paling lemah dalam pelajaran .

Dalam keseronokan main game , tiba tiba dia mendapat mesej daripada orang tak dikenali .

" Wahai Naqib , belajar lah " .

" Apa mesej ini merepek , nak suruh aku belajar pulak " .

" Jika kamu tak mahu terperangkap , baik kamu tutup handphone ini dan baca buku " .

Terkejut Naqib ,

" Terperangkap kat mana pulak dia maksudkan , lantak lah . Aku nak main game ini dulu " .

Setelah puas bermain game itu dia pun naik ke atas katil dan tidur .
***