BAB 1

Cinta datang tanpa mengenal umur, sekali panahan cinta itu datang dan membuat hati terluka akan wujud rasa curiga dan takut untuk mempercayai mana-mana lelaki untuk menjadi pendamping hidup. Tanpa sedar hati bagai tertutup dan terkunci untuk menerima orang baru dalam hidup. Itulah yang sedang dialami oleh seorang gadis berumur 19 tahun. Umur yang terlalu muda untuk mengenali apa itu cinta.

Khalisah Sarah, menjadi seorang yang tabah disamping semangat rakan-rakannya apabila pada suatu hari, martabatnya seorang wanita muslimah tercalar. Dengan semangat rakan-rakannya jualah hatinya tabah mengharungi dugaan hati yang terluka dan mencuba bangkit dari kekecewaan.

“Lisa, kumbang bukan sekuntum. Lupakan sajalah lelaki tak guna, dia siapa nak kutuk kita orang perempuan!” kata salah seorang rakannya, Siti Nur.

“Woi! Tunggang-langgang perpatah kau!” tegur rakannya yang lain, Farisya. Mereka berborak melalui talian Whatsapp.

“Sempat lagi korang melawak ye? Aku tengah sedih ni.” ujar Lisa. Dia tergelak juga membaca mesej rakan-rakannya yang entah apa-apa itu.

“Sebab kau sedihlah kita orang buat lawak. Cuba terima kasih sikit.” ujar Airisyaah pula.

“Fine, thank you korang. sayang korang ketat-ketat. Koranglah kawan di kala susah dan senang.” akur Lisa.

“Sama-sama Lisa. Kita orang pun sayang kau juga.” ujar Siti Nur. Rasanya kalau depan-depan memang dia dah peluk rakan-rakannya itu. Tapi sayang itu hanyalah mesej biasa.

**********

“Anak akak memang betul-betul serious ya sampai masuk yang ni tiga kali datang meminang.” ujar mama Lisa. Lisa hanya memasang telinga di tepi tangga rumahnya.

“Nak buat macam mana. Anak akak memang betul-betul berkenanlah dengan bunga dekat taman ni. Saya faham, Lisa masih muda. Saya juga faham kalau Lisa menolak. Saya ni menjalankan tanggungjawab saya sebagai ibunya. Saya nak tengok anak saya bahagia. Itu sahaja.” ujar ibu si jejaka misteri.

“Saya minta maaf banyak-banyak kak. Kalau betul anak akak memang berkenan sangat dengan anak saya tu. Bagilah dia masa.” ujar mama Lisa lalu dia menulis sesuatu atas sekeping kertas.

“Ini nombor telefon saya.Yang bawah tu nombor telefon anak dara saya. Saranan saya biarlah anak akak tu bercakap dengan anak saya. Biar dia yang pujuk. Budak sekarang ni kak bukan macam dulu. Tak kisah kena jodohkan. Nombor telefon saya tu akak simpan. Tak payahlah susah-susah akak datang. Hanya telefon saja. Akak jauh sangat. Kesian akak berulang-alik. Dah tiga kali pun.” terang mama Lisa.

“Terima kasih. Bagus juga idea tu. Ha tak apa, lepas ni biar anak saya tu mengurat anak awak. Pandai-pandailah dia. Kita orang tua ni mendoakan yang baik-baik je. Ya tak?” Mereka sama-sama tergelak. Tidak lama kemudian keluarga si jejaka misteri itu beredar. Mungkin pulang ke rumah anaknya ataupun terus pulang ke Melaka.

**********

“Korang tengah buat apa tu? Aku nak bercerita ni. Muncul lah semua!” mesej pertama yang dihantar oleh Lisa di dalam groupnya. Dia ingin berkongsi cerita dan meminta pendapat.

“Ada apa Lisa ku sayang. Ceritalah, kami dengar saja ni.” balas Farisya.

“Ada orang pinang aku tadi.” ujar Lisa.

“Ye je kau.” balas Farisya lagi.

“Aku seriuslah. Buat apa main-main.” balas Lisa pula.

“What? Kau dipinang? Bestnya!” sampuk Siti Nur pula. Lisa hanya tersenyum berat.

“Yela makcik! Aku dipinang orang. Sedihnya! Siapa ya yang pinang aku tu. Aku tak kenal langsung. Dah tiga kali dia datang.” luah Lisa.

“Pergh! Tiga kali siut. Jealousnya! Aku pun nak juga dipinang. Abang sado!” ujar si Farisya. Dah mula dah perangai gatal dia.

“Tak habis-habis dengan abang Sado kau!” gurau Lisa. Sememangnya dia sudah masak dengan perangai rakannya yang seorang ni. Kuat berimpian, berimaginasi dan berangan. Namun perbualannya terhenti apabila telefonnya berdering menandakan ada panggilan masuk. Namun nombor yang tertera adalah nombor yang tidak dikenali. Siapa yang menelefonnya?