Prolog

17 Jun 2013...
Seoul Korea...

      Jungkook tersenyum sambil tangannya kemas memegang jambangan bunga ros merah hatinya gembira kerana hanya tinggal 2 bulan lagi dia bakal menamatkan status bujangnya.

Sekarang usianya menginjak 24 tahun,mungkin masih awal tanggapan orang lain apabila dia bersuara untuk berkahwin dengan kekasih hatinya iaitu Lee Hyuna,terutama ibu bapanya kerana dia bakal menjadi pewaris Gracio Corperatian sebuah syarikat besar milik keluarganya dalam pembuatan minyak wangi.

Dan pasarannya meluas hingga ke beberapa negara seperti Jepun,China,Singapura,Malaysia dan Filipina,dan bakal meluaskan pasarannya ke negara hollywood.

Sebagai seorang bakal pewaris ramai yang mengambil berat akan perkembangannya terutama kehidupannya,siapa kawannya,hobinya malah apa sahaja yang dibuatnya menjadi cerita panas bagi pihak media lebih-lebih lagi Jeon Jungkook merupakan seorang lelaki yang mencukupi pakej.

Mempunyai rupa yang kacak,badan yang seksi yang mampu mencairkan mana-mana hati wanita dan kekayaan yang menyebabkan ramai pesaingnya cemburu.

Namun Jungkook bukanlah seorang yang kaki perempuan walaupun ramai beranggapan dia kaki perempuan maklumlah dia mencukupi pakej lelaki sempurna pasti ramai wanita yang tergila-gilakannya.Jungkook hanya cintakan seorang perempuan sahaja dan namanya adalah Lee Hyuna.

Kekasih yang dikenali dari zaman sekolahnya.Hyuna adalah satu-satu perempuan yang berkawan dengannya tanpa mengira status keluarga Jungkook dan tak pernah meminta wang walau sedikit pun dari Jungkook.

Itu salah satu sebab Jungkook terpikat kepada Hyuna.Walaupun keluarga Hyuna bukanlah keluarga berada tetapi ibu bapa Jungkook tidak menghalang percintaan mereka.

Dan sebab itu Jungkook sangat menghormati ibu bapanya walaupun mereka kaya namun mereka tidak membezakan taraf kehidupan orang lain.

Jungkook merupakan anak tunggal dan kehadiran Hyuna sedikit sebanyak mengubat keinginan ibu Jungkook yang terlalu inginkan anak perempuan.

Namun disebabkan berlaku komplikasi sewaktu melahirkan Jungkook,dia tidak boleh mengandung lagi kerana boleh membahayakan nyawanya.

          Laju Jungkook melangkah menuju ke restoran Good Korean sebuah restoran 5 bintang milik kawan ayahnya iaitu Kim Su Jong.Anaknya Kim Seokjin adalah kawan Jungkook.Kawan sejak dari kecil.

Hari ini dia sengaja menempah restoran itu untuk menyambut hari jadi tunangnya Lee Hyuna.Hatinya berbunga riang saat tangannya menyentuh hadiah yang bakal diberi kepada tunangnya itu.Rantai berbentuk kunci itu yang sengaja ditempah khas buat tunangnya.

Dari kejauhan Jungkook melihat kelibat kekasih hatinya dari seberang jalan."Hyuna ah!"jerit Jungkook sambil melambaikan tangannya dan Hyuna tersenyum girang menampakkan giginya yang putih tatkala melihat Jungkook,Hyuna pun membalas lambaian tangan Jungkook.

Mata Hyuna terusan menatap wajah Jungkook seolah-olah itu adalah kali pertama dan terakhir dia melihat Jungkook.

Apabila lampu isyarat bertukar hijau dengan cepat Hyuna berlari menyeberangi jalan menuju ke arah Jungkook.

Tidak Hyuna sedar ada sebuah lori yang bergerak laju menuju ke arahnya,pemandu lori itu sedikit mabuk kerana dia minum soju sebelum memandu mungkin sedikit itu tidak memberi kesan baginya namun dia silap apabila terlepas pandang akan warna lampu isyarat. 

Namun saat dia menyedari sudah terlewat kerana jarak lori dengan Hyuna semakin dekat dengan pantas dia menekan brek lalu membunyikan hon agar Hyuna dan seorang lagi perempuan di sisi Hyuna itu menyelamatkan diri.

Jungkook mula cemas saat melihat sebuah lori laju bergerak ke arah Hyuna"Hyuna ketepi lori tu...!!!"jerit Jungkook namun belum sempat Jungkook menghabiskan ayatnya.

"DUMMMM!!!!"Satu bunyi kuat saat lori itu melanggar Hyuna dan seorang perempuan lagi.Jantung Jungkook seakan terhenti apabila melihat tubuh Hyuna melayang lantas bergolek diatas jalan raya sambil dibasahi cecair bewarna merah pekat.

Jambangan bunga ditangannya jatuh dan tanpa membuang masa Jungkook berlari menuju ke arah Hyuna matanya mula bergenang saat melihat badan Hyuna tidak bergerak dan terbaring di atas jalanraya.

Cecair merah pekat semakin banyak membasahi jalan.Jungkook cepat memangku tubuh Hyuna,airmatanya mula mengalir dan bertukar menjadi esakan kecil."Hyuna ah jangan pergi jangan tinggalkan saya tolong jangan pergi...Please someone call ambulans please help!!"jerit Jungkook sambil menangis.

Esakannya bertambah kuat saat melihat darah mengalir dari kepala Hyuna."Jungkook ah jan..gan mena..ngis muka aw..ak bu..ruk san..gat bi..la a..wak me..nangis"kata Hyuna tersekat-sekat.

         "Jangan cakap apa-apa Hyuna awak tengah sakit sekarang,please don't leave me jebal"rayu Jungkook sambil memeluk Hyuna.Bajunya basah terkena darah Hyuna.Jungkook makin cemas apabila melihat wajah Hyuna yang semakin pucat.

"Jung..kook ah l lo..ve you so mu..ch ka..lau sa..ya tak bo..leh disela..matkan jan..ji yang aw..ak ak..an baha..gia dan ca..ri perem..puan la..in dan ja..tuh cin..ta ya"kata Hyuna lagi.

"No..no..no awak akan selamat ambulans akan sampai awak tak boleh tinggalkan saya.awak tak dibenarkan tinggalkan saya awak faham tak?!"kata Jungkook sambil menggelengkan kepalanya.Bibirnya kejap mengucup dahi Hyuna.

"Jung..kook to..long jan..ji den..gan sa..ya ple..ase"ujar Hyuna lagi sambil tangannya terketar-ketar memegang pipi Jungkook dan Jungkook pantas memegang tangan Hyuna yang melekat dipipinya,tangis Jungkook semakin kuat apabila merasakan tangan Hyuna semakin pucat dan sejuk.

Seokjin hampir terduduk melihat kemalangan dihadapannya semasa kejadian itu berlaku dia berada di dapur restoran setelah diberitahu oleh pekerjanya yang ada kemalangan berlaku cepat-cepat Seokjin keluar dari restorannya dan jantungnya seakan terhenti apabila mendengar tangisan Jungkook yang terduduk memeluk Hyuna yang berlumuran darah.

"O..kay saya janji saya akan bahagia"ujar Jungkook sambil menangis dia menggigit bibir bawahnya cuba menahan rasa sakit di hati melihat Hyuna yang semakin lemah.

Hyuna tersenyum dalam kesakitan,airmatanya mengalir bagaikan air hujan tanpa henti.Esakan kecil mula kedengaran.Perlahan Jungkook mengucup lembut bibir Hyuna yang pucat."l love you soo much"ujar Jungkook sambil bibirnya masih bertaut dengan bibir Hyuna.

Tangan Hyuna yang memegang lembut pipi Jungkook jatuh perlahan-lahan.Jungkook terus memandang wajah Hyuna cemas tangannya memegang wajah Hyuna kejap.

Terasa dunianya gelap saat dia melihat tubuh Hyuna kaku tidak bergerak,tiada bunyi deruan nafas dan mata Hyuna separa terbuka kaku sebegitu."Hyuna ah jangan macam ni jangan takutkan saya macam ni!!Hyuna ah bangun please!!Jangan tinggalkan saya please Hyuna ah!!!jerit Jungkook sambil memeluk erat Hyuna.

Tangisan Jungkook semakin kuat,Seokjin hanya mampu menangis melihat Jungkook meraung sambil memeluk Hyuna.Saat ambulans sampai mereka segera menuju kearah Hyuna dan seorang perempuan yang juga mangsa kemalangan.

Dan apabila doktor mengesahkan yang Hyuna sudah tiada Jungkook semakin kuat meraung.Seokjin pantas menyeka airmatanya lalu menuju ke arah Jungkook cuba untuk menenangkan sahabatnya yang semakin hilang kawalan kerana kehilangan cinta hatinya.

"Jungkook ah please jangan macam ni!"kata Seokjin sambil cuba meleraikan Jungkook dari Hyuna."No hyung!!Doktor cakap Hyuna dah tiada!!Hyuna masih hidup dia dah janji takkan tinggalkan aku.Dia dah janji!!"Jungkook semakin kuat menangis setelah itu dia teringat sesuatu.Dengan cermat dia meletakkan jasad Hyuna di atas jalan,Seokjin hanya memandang perlakuan Jungkook.

Jungkook dalam keadaan terketar-ketar akibat terkejut dengan kematian Hyuna hampir rebah saat dia mula berdiri dan berjalan.Seokjin pantas memaut lengan Jungkook namun Jungkook menepis kasar.

Langkah kakinya semakin laju menuju kearah pemandu lori yang memegang kepalanya yang terluka.Riak mukanya sangat menakutkan,sedih dan marah bercampur dan wajahnya masih basah dengan airmata yang masih bersisa.

Pemandu lori itu menjerit kesakitan saat Jungkook tiba-tiba menumbuk mukanya.Jungkook bagaikan orang gila terusan menumbuk pemandu lori itu sehingga hidung dan mulutnya berdarah."Disebabkan kau Hyuna mati disebabkan kau aku hilang tunang aku!!!"jerit Jungkook sambil menumbuk pemandu lori itu tanpa henti.

Seokjin pantas meleraikan Jungkook dari pemandu lori itu."Sudahlah tu Jungkook dia dah cedera teruk tu!"kata Seokjin sambil menahan badan melangkah ke belakang agar Jungkook jauh dari pemandu lori itu.

"Lepas hyung!!Lepas!!Biar dia mati orang macam dia patut mati!!Dia mabuk hyung tapi dia tetap memandu!"jerit Jungkook cuba melepaskan diri dari Seokjin.Hati Jungkook semakin sakit apabila dia dapat mencium bau arak tatkala dia menumbuk muka pemandu lori itu.

"No Jungkook!!Kalau kau teruskan lagi dia akan mati!!Kau nak jadi pembunuh ker?!marah Seokjin mengemaskan pegangannya risau jika terlepas Jungkook akan membelasah lagi pemandu lori itu.

"Perlahan Jungkook rebah sambil tangannya memegang dadanya yang sakit.Tangisan Jungkook kuat kedengaran.
"Hyuna ah!!Hyuna ah!!Jebal..Jebal don't leave me!!Saya tak boleh hidup tanpa awak!!Saya..."kata-kata Jungkook terhenti di situ apabila dia rebah tidak sedarkan diri.

"Yah!!Jungkook bangunlah!!Tolong sesiapa kawan saya jatuh pengsan ni!!"jerit Seokjin lantas 2 orang pasukan penyelamat memapah Jungkook lalu masuk ke dalam ambulans pantas menuju ke hospital bersama jasad Hyuna dan seorang perempuan lagi.

___________________________________________________

Di Hospital...

          "Jungkook ah!!Bangun cepat!!"Jungkook ah"Jungkook tersedar nafasnya laju dia pantas memandang sekelilingnya Seokjin dan Taehyung terus menuju kearah Jungkook.

"Yah Jungkook!Kau tak apa-apa?"tanya Taehyung cemas,dia bergegas ke hospital setelah mendengar berita daripada Seokjin.Cuma Hoseok yang tidak sampai lagi kerana dia ada meeting di Busan.

"Hyung Hyuna ah!!Hyuna kat mana hyung?"pertanyaan Jungkook menyebabkan Seokjin dan Taehyung menitiskan airmata.Perlahan mereka berdua memeluk erat Jungkook.

"Jungkook ah,Hyuna dah tiada doktor sahkan dia meninggal di tempat kejadian"kata Seokjin lembut.
"Tak!Tak mungkin Hyuna masih hidup tolong hyung tolong cakap yang ni semua mimpi please hyung please!"bentak Jungkook sambil menangis.

Jungkook memegang dadanya yang sakit tangisannya bergema di segenap bilik.Seokjin dan Taehyung mati akal untuk memujuk Jungkook ini kali pertama mereka melihat Jungkook hilang kawalan seperti itu."Hyuna ah!Hyuna ah"panggil Jungkook sayu.

Sebulan kemudian...

Jungkook memandang sayu gambarnya bersama Hyuna yang masih berada di meja ofisnya.Gambar yang diambil semasa dia menamatkan pelajarannya di universiti.
Perlahan airmatanya mengalir tangannya menyentuh wajah Hyuna bermain dibibir Hyuna yang tersenyum gembira.

"l miss you!Hidup tanpa awak sakit sangat Hyuna ah,its like l'm dying"ujar Jungkook cuba menahan tangis.Dia mengambil frame gambar itu lalu menekap kedadanya sepertinya dia memeluk insan yang sangat dirinduinya itu.

Setelah kematian Hyuna, Jungkook berubah 360 darjah.Dia menjadi pendiam,pemurung dan lebih suka bersendirian.Dia lebih kuat bekerja sampai lewat malam termasuk hujung minggu dan di pejabat jika staffnya ada membuat kesilapan dia memarahi mereka seperti kesilapan itu besar.

Sahabat Jungkook mula risaukannya dia langsung tidak keluar bersosial bersama mereka selepas kematian Hyuna.
Kadang-kadang Seokjin dan Hoseok ada juga cuba mengajaknya keluar ke kelab malam namun ditolaknya mentah-mentah.Dia lebih suka berkurung di rumahnya.

Taehyung cuba memberi kata-kata semangat buat Jungkook namun dia tidak endah seperti mencurah air ke daun keladi.Dia seperti berada di dalam dunianya sendiri,hanya ada dia dan bayangan Hyuna.Saban malam Jungkook sering termimpikan Hyuna.

Mungkin itu salah satu ubat kerinduannya terhadap tunang yang amat dia cintai.Kehilangan Hyuna sangat memberi kesan kepada Jungkook.

Kakak Hyuna iaitu Hyorin amat sedih setelah kehilangan adiknya yang tersayang.Dia juga bertambah sedih setelah mengetahui keadaan Jungkook setelah kehilangan adiknya itu.

"Tok!!Tok!!Tok!!"Jungkook cepat-cepat menyeka airmatanya lantas meletakkan semula frame gambar itu di atas mejanya.

"Masuk!"kata Jungkook sedikit kuat.Tangannya mencapai fail yang ada di atas mejanya.Hyorin menapak masuk ke dalam ofis Jungkook.

"Noona!!"panggil Jungkook berserta segaris senyuman namun Hyorin tahu senyuman itu bukan ikhlas malah terpaksa dia tahu betapa sakitnya hati Jungkook.

"Jungkook!!Sorry noona kacau,ermm,Jungkook sibuk ker?"tanya Hyorin sambil tersenyum.

"Tak adalah,kenapa noona datang?"tanya Jungkook sayu.Matanya memandang Hyorin kosong."Jom kita lunch noona ada sesuatu nak beritahu Jungkook"jawab Hyorin,dia berharap Jungkook terima pelawaannya itu.
"Ok"jawab Jungkook,dia bangun dari kerusinya mengikut noona lalu keluar dari ofis.

Mereka memilih cafe yang berdekatan dengan syarikat Jungkook setelah order mereka sampai mereka makan perlahan-lahan.Hyorin memerhati Jungkook memang nampak tubuhnya mula susut mukanya tidak ceria seperti dulu dan dia lebih kepada menguis makanannya.

"Jungkook kenapa tak makan?"tanya Hyorin."Tak ada selerelah noona"jawab Jungkook sambil memandang Hyorin."Noona nak cakap apa sebenarnya?"tanya Jungkook sambil mencapai minuman lalu disedutnya perlahan.

Hyorin mengeluh perlahan,hatinya sedih melihat keadaan Jungkook."Noona jumpa buku ni semasa noona kemas barang-barang milik Hyuna"kata Hyorin lantas mengeluarkan sebuah buku dari beg tangannya.

"Noona minta maaf noona ada terbaca beberapa helai muka surat dalam buku ni mungkin Jungkook tak tahu yang Hyuna suka tulis moment yang dia lalui bersama Jungkook dalam buku ni"Hyorin menarik nafas panjang.

"Jungkook,noona tahu kehilangan Hyuna sangat memberi kesan dalam hidup Jungkook tapi please jangan macam ni Hyuna mesti sedih jika dia tahu yang Jungkook sengsara macam ni."Hyorin mengeluh sedih matanya masih memandang Jungkook.

"Cuba baca buku tu Jungkook,noona harap Jungkook lebih rasional dan mature.don't lose control ok.Hyuna cintakan Jungkook dan dia pasti tak nak Jungkook sedih macam ni"ujar noona lagi.

Jungkook hanya menganggukkan kepalanya.Matanya berkaca memandang Hyorin.Perlahan Hyorin memaut lembut tangan Jungkook menggenggam erat seperti memberi semangat agar Jungkook lebih kuat."Be strong ok,noona pergi dulu kalau ada apa-apa jangan segan untuk call noona"ujar Hyorin lantas bangun meninggalkan Jungkook.

Perlahan Jungkook mengambil buku di atas meja lalu digenggam erat,airmata yang hanya bergenang di tubir matanya mengalir perlahan.Hyorin sempat melihat ke arah Jungkook sebelum keluar dari cafe,hatinya dipagut sayu melihat Jungkook.

Matanya mula bergenang.'Jungkook kau kena kuat,kau mesti kena kuat,jangan macam ni semua orang akan susah hati'bisik hati Hyorin lalu keluar dari cafe.

___________________________________________________

Jungkook merenung buku pemberian Hyorin,matanya sayu memandang buku itu.Sudah seminggu buku itu berada di tangannya namun dia belum cukup kuat untuk membaca apa yang ditulis Hyuna.Di sebelah buku itu terletak cantik kotak hadiah yang ingin diberi kepada Hyuna pada hari kemalangan itu berlaku.

Jungkook membuka kotak hadiah itu tangannya bermain di sekitar loket dan menggenggamnya erat.Perlahan airmatanya mengalir.Dia tidak dapat mengira entah berapa kali dia menangis ibarat hidupnya tiada makna setelah pemergian Hyuna.

?

Perlahan dia membuka buku itu..

5 Disember 2009

          Yess!!Hari ni paling bermakna dalam hidup aku,Jungkook dah luahkan perasaannya kepada aku.Wahh,bahagianya! Sebenarnya dah lama aku tunggu dia bagitahu yang dia suka kat aku tapi Jungkook ni ego hurmm..Tapi tak apalah janji aku dan dia suka sama suka.
Kasihan dia sebab tadi aku cakap aku nak fikir dulu sama ada nak terima dia atau tak..Hehe.. Aku sengaja je sebab nak balas dendam dulu masa sekolah dia selalu buli aku,benci tau, reaksi muka dia tadi memang kelakarlah sebab dia ingat aku akan terus terima dia..Padan muka!! Apa pun Jungkook sorry..hehe..l love you..mianhe..

Jungkook tersenyum membaca catatan yang ditulis Hyuna,dia masih ingat masa dia luahkan perasaannya kepada Hyuna.Rupa-rupanya ini sebabnya.

10 April 2010

        Hari ni aku dating dengan Jungkook! Baru ada kesempatan sebab dia sibuk study aku pun sama. Memang aku dan dia study di universiti yang sama tapi course lain-lain jadi susah nak jumpa dia.Tapi hari ni dia ada kesempatan dan dia bawa aku pergi pantai.Wah, seronoknya! Hehe.. Tapi sekarang musim sejuk,sejuk sangat kat pantai tu tapi aku suka sebab Jungkook peluk aku,romantiknya. Aku suka dia peluk aku dan aku tak pernah puas,dia bagaikan drug buat aku. Dan yang paling aku suka tengok dia senyum. Senyuman dia sentiasa buat aku berdebar-debar. Aku harap hubungan aku dan dia berpanjangan sehingga aku mati.l love you Jungkook..

Airmata Jungkook mengalir bak air hujan dia cuba menahan tangis matanya mula kabur dan beberapa titisan airmatanya jatuh di atas buku milik Hyuna.Jungkook tekun membaca setiap apa yang ditulis Hyuna hinggalah ke helaian terakhir.

16 Jun 2013..

          Aku membelek gambar pertunangan aku dan Jungkook dan tiba-tiba airmataku mengalir,aku cintakan dia sepenuh hati aku tapi entah kenapa aku rasa tak sedap hati seperti aku bakal kehilangan dia. Andai jodoh aku dan dia tak berpanjangan aku harap biarlah nyawaku diambil,aku tak sanggup melihat dia bersama perempuan lain selagi aku hidup. Apa yang aku merepek ni..hehe Tak patu aku fikir negatif. Sepatutnya aku berdoa semoga hubungan aku dan dia kekal selamanya. Aku nak berkahwin dengan Jungkook dan melahirkan zuriat dia.
Tak sabar rasanya,kalau dapat anak lelaki mesti handsome macam ayahnya. Ala rindunya pada Jungkook esok tak sabar nak jumpa dia..

I love you Jungkook kalau suatu hari nanti saya tak ada dalam hidup awak jangan sedih ya..saya tak nak awak sedih.. Please be happy..l love you so much..

Jungkook menangis teresak-esak"Kenapa dia tulis macam dia tahu dia dah nak pergi"kata Jungkook sebak,dia memeluk kemas buku itu. Tangisannya semakin kuat.

"Hyuna ah!!....Hyuna ah!!"Jungkook terduduk. Hatinya begitu sakit seperti ditusuk-tusuk duri.Bagaikan burung yang kepatahan sayap dia memanggil-manggil nama tunangnya sambil menangis.Berharap agar Hyuna munculkan diri menyembuhkan luka di hatinya.