BAB 1

“AH, aku sudah lambat ni!” Aku bergegas ke dewan utama Universiti Diraja Kadziyah. Hari ini ada persembahan teater klasik dan aku sudah berjanji dengan Syirah untuk menyokongnya di sana. Kawan aku itu terlibat dalam teater tersebut.

Langkahku mati apabila mendengar bunyi pelik yang datang dari arah belakang pokok rendang. Bunyi gelak mesra dari dua pasangan yang aku tidak kenal. Aku menghampiri pokok itu untuk mengintai.

“Ala... Putera Shiraz ni...”

Mataku terbeliak melihat kemesraan mereka berdua. Darahku naik, mahu marah. Aku tarik lengan baju aku ini sehingga ke paras siku. Adegan panas itu betul-betul buatkan aku berapi.

“Hoi!!” Aku menyergah mereka. Terbantut terus perbuatan mereka itu.

“Tak tahu malu! Korang berdua ingat ini rumah?! Hotel?! Suka hati korang saja buat benda tak elok dekat tempat awam macam ni.”

“Hoi, perempuan! Kau tengking-tengking kami ni buat apa? Orang lain tengok kami biasa saja. Yang kau tu tiba-tiba nak tegur kami, apa hal?!” Dia membidasku. Perempuan itu berdiri dan membetulkan pakaiannya. Lelaki itu turut sama berdiri.

Aku senyum sinis. Mencebik melihat kelakuan mereka terutama sekali lelaki itu. Putera Shiraz Adrian, pelajar lelaki kacak yang diminati ramai perempuan termasuklah pensyarah-pensyarah perempuan. Tapi, tidak dengan aku. Aku paling benci dengan lelaki yang berperangai binatang macam dia ini. Nama sahaja anak raja Pura Cahaya, tapi perangai tidak seperti ayahandanya. Macam manalah dia hendak memimpin Pura Cahaya ini kalau berperangai buruk seperti itu.

“Hei, perempuan. Aku paling pantang nampak benda tak senonoh macam ini tahu! Aku akan laporkan pada pengarah Universiti Diraja Kadziyah ni.”

“Pergilah lapor. Buang masa saja. Lagipun, Universiti Diraja Kadziyah ini kepunyaan keluarga kerabat Putera Shiraz.”

“Ada aku kisah!” Aku mahu berganjak dari situ tetapi tangan aku laju di tangkap oleh lelaki itu.

“Lepas!”

“Kalau kanda tak nak?”

“Wekk!! Nak muntah tahu. Ber’kanda-kanda’ pula dia ni. Aku tahulah kau tu anak raja tapi di mata aku ini kau tak nampak pun macam anak raja.” Aku mencebik.

“Lepas!” Aku tarik kasar tangan aku.

“Putera Shiraz, lepaskan sajalah tangan dia tu. Kita sambung balik yang tergendala tadi, ya.” Pujuknya. Eww! Gedik nak mampus sahaja aku tengok dia ini.

“Hoi, Aryana Hani! Kau dekat sini pula. Puas aku cari kau tau. Aku balas mesej kau tadi, kenapa kau tak balas balik, huh?”

Terkejut aku dek suara tinggi Syirah.

“Maaf. Aku tengah marah dengan dia orang berdua ni.” Aku menjuih mulut, menunjuk ke arah mereka berdua.

“Wei, Yana!” Sebelah tangan aku ditarik oleh Syirah.

“Kau tahukan lelaki tu...”

“Aku tahu. Tapi, kalau perangai tak elok buat apa nak layan dia baik-baikkan?” Aku berpaling.

“Lepaskan tangan aku ni. Jijik tahu! Dasar playboy!” Aku berjaya menarik kasar tanganku itu.

“Ah, sudahlah! Kau orang tahulah apa nasib kau orang nanti.” Kedua-dua manusia di depan aku itu aku tenung dengan begitu tajam sekali.

“Syirah, jom! Nanti, kau lambat pula nak bersiap. Taeter sekejap lagi nak mula.” Aku terus melangkah pergi.

“Err... Putera Shiraz, maafkanlah teman saya tu. Dia memang begitu. Pantang nampak orang yang melanggar peraturan universiti pasti dia akan naik angin.”

“Hoi, Syirah! Kau nak join mereka sekalikah?” Ingat, aku tidak dengarkah apa dia cakap itu. Ergh!!

“Ya. Ya. Aku datanglah ni!” Syirah berlari ke arah aku dan kami terus meninggalkan mereka.

“Wei, berani kau cari pasal dengan putera raja tu.”

“Beranilah! Dia dah buat salah.” Balasku bersahaja. Dia mencebik.

“Kita semua tahu pasal perangai Putera Shiraz Adrian tu. Tapi, kau kena tahu juga perempuan yang bersama dengan dia tu.”

Aku mengerlingnya. “Kenapa dengan perempuan gedik tu?”

“Kau tak tahu ke dia tu terkenal dekat universiti ni? Elina Ryne. Semua orang tahu yang putera raja itu milik Elina Ryne. Walaupun putera raja tu suka bertukar perempuan tapi dia tetap balik dengan perempuan tu.”

“Mana aku tahu dia tu popular dekat sini. Tak ada gambar dia pun terpampang dekat universiti ni. Paling-paling wajah si playboy tu yang terpampang besar dekat bangunan depan sana tu.”

“Ish, kau ni Yana. Kau langsung tak takutkan.” Dia menggeram.

“Buat apa aku hendak takut dengan mereka tu.” Aku mencebik.

“Ah, sudahlah. Malas aku nak bahas panjang pasal mereka tu. Tahulah apa aku buat nanti dengan dia orang tu. Jom, nanti kau lambat bersiap pula.” Aku terus menarik tangannya menuju ke dewan utama.