Chapter 3

BAB 3



Lily kembali ke mejanya dan memberitahu wanita tua yang permohonannya untuk membela anaknya telah ditolak.

"Makcik, maafkan saya. Saya tak dapat nak tolong makcik dalam kes ni. Kes ni berat makcik. Peluang untuk membebaskan anak makcik sangat tipis. Maafkan saya makcik."

"Tolonglah makcik nak. Makcik tak ada siapa-siapa lagi yang boleh tolong. Sebab tu lah makcik datang ke sini. Kasihanilah makcik. "

"Maaflah makcik. Saya betul-betul tak mampu nak tolong makcik. Minta maaf sangat-sangat makcik."

Wanita tua itu berdiri dan melutut dan merayu kepada Lily supaya Lily dapat membantunya. Lily berasa serba salah dengan perlakuan wanita tua itu. Wanita tua itu menangis kepada Lily.

"Bolehlah nak. Makcik merayu sangat-sangat dengan kamu ni. Kalau kamu nak makcik melutut dekat kamu pun makcik sanggup asalkan anak dapat tolong makcik.."Wanita tua itu melutut dan merayu sambil memegang kaki Lily.


"Makcik jangan la macam ni. Saya tak nak makcik merayu dekat saya macam ni. Bangun makcik."

Terkejut dengan perlakuan wanita tua itu lalu Lily mencuba untuk menenangkan keadaannya dan mengangkat wanita tua itu supaya berdiri semula.


Semua pekerja firma melihat insiden itu. Masing-masing ingin tahu apa yang sebenarnya sedang berlaku antara Lily dan wanita tua itu sehingga berlakunya kekecohan di firma itu.

"Apehal ni? Apehal ni? Kenapa dengan Lily? Siapa makcik tu?"

"Kenapa ni? Panggil pengawal sekarang. Ya! Sekarang!"

Pengawal datang meleraikan kekecohan yang berlaku.

Ketika Lily memanggil semula wanita tua itu, wanita tua itu cuba untuk mencederakannya. Namun, ia tidak berjaya dan diusir keluar daripada firma itu. Lily terkejut dengan kelakuan wanita tua itu.


"Makcik, saya betul-betul mohon maaf sebab saya tak mampu nak membantu makcik.." pinta Lily dengan penuh kekesalan.

"Ah! Sudah lah! Kau dah malukan aku sampai aku sanggup melutut dan merayu dekat kau, tapi layanan macam ini yang aku dapat? Aku akan pastikan kau menyesal dengan perbuatan kau sendiri!," ucap wanita tua itu dengan nada marah dan geram.