Bab 1

Arif atau nama sebenarnya Arif Shizwan Bin Dato Izwan datang awal ke pejabatnya pada hari itu ditemani Hana atau nama sebenarnya Hana Zulaikha Bte Dato Mukhlis untuk menjalankan temuduga bagi jawatan PA untuk dirinya, Arif yang berumur 27 tahun merupakan seorang CEO muda di salahsatu anak syarikat Milik ayahnya Iaitu IZWAN & SON SDN BHD, dia merupakan seorang lelaki yang ego, berlagak dan agak bercita-cita tinggi.

Manakala Hana pula yang berumur 26 tahun merupakan GM (General Manager) di syarikat milik ayahnya sendiri iaitu PEAK CONSTRUCTION SDN BHD. Dia merupakan seorang wanita yang lasak, merendah diri walaupun berkerjaya dan boleh berkawan dengan sesiapa sahaja tanpa mengira status. Dia datang ke pejabat Arif pada hari itu kerana Arif meminta bantuannya untuk menjalankan temuduga bagi jawatan PA yang akan diadakan pada hari itu. Mereka boleh dikatakan amat rapat sehingga kedua-dua pekerja di syarikat mereka menganggap mereka bercinta

Sedang mereka berjalan menuju ke lif untuk naik ke pejabat. Tiba-tiba seorang gadis bertudung meluruh ke arah mereka dengan tergesa-gesa untuk mengejar lif yang mereka naiki dan menyebabkan wanita itu terlanggar Arif di dalam lif. Habis segala fail yang dipegang Arif berterabur di atas lantai

“Hey perempuan! Kau ni buta ke apa, tak nampak jalan? Habis semua fail aku berterabur, lain kali jalan tu pakai mata!” sergah Alif marah ketika sudah berada di dalam lif,

“Ma..ma..afkan saya Encik, tak sengaja, saya kelam kabut.” Kata gadis itu tergagap sedikit sambil menunduk dan memungut segala kertas dan fail yang bertaburan. Arif hanya melihat, manakala Hana menggeleng kepala melihat kelakuan Arif lantas membantu wanita tersebut

“Takpelah cik. Mood dia tak berapa bagus hari ni, saya minta maaf bagi pihak dia.” kata Hana sebaik sahaja mereka selesai menyusun fail-fail yang bertaburan.

“Takpe cik, lagipun saya yang salah, minta maaf ya encik.” Kata gadis bertudung itu bernada kesal sambil menunduk mukanya dan memeluk sekeping fail nipis yang dibawanya, suasana didalam lif itu menjadi senyap.

Sebaik sahaja lif sampai ditingkat yang diinginkan. Arif terus sahaja meluru ke biliknya tanpa memandang ke belakang, Hana sempat menoleh ke belakang dan melemparkan senyuman kepada gadis itu sebelum menyusul Arif. Gadis itu ditinggalkan terkebil-kebil di depan pintu lif melihat Arif dan Hana berlalu.

“Aku tak puas hati betullah tadi, kau ni pun satu membela sangat perempuan tu.” Protes Arif sebaik sahaja mereka sampai di biliknya lalu terus menuju ke kerusinya.

“Kau ni kenapa hah, dia dah minta maafkan. Siap pungut fail kau lagi, apa lagi kau tak puas hati? Kesian aku tengok perempuan tu kau tengking.” Hana membalas percakapan Arif dan terus duduk di hadapan.

“Dahlah! Aku takde mood nak interview orang hari ni, kau je lah interview, aku tengok dari belakang, mana kau pilih aku ikut je.” balas Arif lalu berdiri melihat ke luar dinding kaca pejabatnya

“Betul ni? Ok.” Balas Hana pendek

Seorang demi seorang calon dipanggil masuk untuk ditemuduga oleh Hana di bilik Arif, namun tiada satu pun yang menarik minat dan sesuai di mata Hana. Tiba-tiba seorang gadis masuk