BAB 6

"awak ni suami dia ya?" aizat terpaksa mengangguk. kang kalau kata tak. doktor ni tak mahu berbincang secara lanjut.

"saya nak bercakap tentang dia sekejap." doktor itu membawa aizat ke dalam bilik. aizat melabuhkan punggungnya dikerusi.

"ada apa ya doktor?" aizat memulakan terlebih dahulu. doktor itu mengeluh. seperti berat ingin memberitahu. aizat yang melihat rasa tidak sedap hatinya.

"bawak bersabar dan bertenang. berita ni agak buruk. saya harap encik bawak bersabar." doktor itu membuka cermin matanya.

aizat mengangguk. dia menelan air liurnya pahit. tiba-tiba sahaja dia merasakan tidak sedap di hati bertambah-tambah.

"isteri awak hilang ingatan." ayat itu sudah cukup membuatkan aizat berasa sedih.

"macam mana boleh jadi macam tu?"

"mungkin sebab tekanan yang dihadapi. dia terlalu tertekan. dia cuba untuk melupakan. dia terlalu menekan di bahagian otak. sekarang ni, awak jangan bagi dia tertekan. jangan bagi dia terlalu mencuba. kalau dia cuba jugak mungkin ianya akan memberi kesan yang lain."

aizat menangis tersedu-sedan. di lihat wajah ayin sedang tidur. selepas diberi makan ubat dia pun tidur.

"ayin...semua ni salah aku. kalaulah aku tak ajak kau ikut mesti benda ni semua takkan terjadi." aizat berasa sungguh menyesal. kepala ayin diusap perlahan.

'aku akan bertanggungjawab kalau apa-apa terjadi.'



"Erm, awak..."ayin menggoncangkan tubuh aizat lalu dia terbangun dari tidur.

"ya... kenapa?" aizat menggosok matanya. masih bersisa lagi rasa kantuknya.

"nak makan. lapar..." perutnya digosok perlahan. aizat menepuk dahinya. ayin masih belum makan lagi sedari tadi. dia menjadi kasihan.

"kejap. saya pergi beli makanan. nak makan apa?" bahasanya 'kau, aku' ditukar. dia ingin cuba berbaik.

"nak makan...nak makan..." ayin mengetuk dagunya. "ha! nasi goreng kampung lepastu nak sambal belacan!"

aizat tergelak kecil. perangai ayin seperti budak-budak. aizat mengangguk lalu dia cepat-cepat membelikan makanan yang dipesan oleh ayin.

sebaik sahaja sampai di restoran yang berada berdekatan dengan kawasan luar hospital dia terus memesan makanan yang diingini. sewaktu dia duduk di meja sambil menunggu pesanannnya siap. handphonenya berbunyi diminta angkat. aizat mengangkat call dari abangnya.

"assalamualaikum..." aidid memberi salam.

"waalaikumussalam. kenapa call aku malam-malam ni?"

"tadi abang call ayin. dia tak angkat pun. dia ada tak?" suara aidid seperti kehilangan seseorang sahaja.

aizat mengurut belakang tengkuknya perlahan. dia diam dan tidak menjawab pertanyaan oleh aidid.

"ada ke tak?" aidid mengulang soalan itu. membuatkan aizat jadi takut.

"ada...tapi, dah tidur. dia kata ngantuk sangat." aizat menipu. biarlah, yang penting masalah ayin biar dia atasi sendiri.

"boleh tak nanti esok pagi kau cakap dengan dia,
aku suruh dia call aku."

"kenapa?"aizat mengerutkan dahinya.

"aku nak cakap, aku rindu gila dekat dia."

aizat hanya diam. tiba-tiba pula dia berasa cemburu. panas pula hatinya.

"aku letak dulu. esok aku nak kena jumpa client.assalamuaikum" aizat terus mematikan panggilan.

makanan yang telah siap di bayar. dia bangun lalu menuju ke hospital.



"Boleh tak kalau saya panggil awak abang. yelah, biasanya orang dah kahwin dia panggil abang,sayang, dear. boleh tak?" ayin bersuara selepas makanan itu dimakan hingga licin.

aizat tersedak. astaghfirullah. terkejut dengan pertanyaan oleh ayin. dia menyedut kopi ais yang dipesan di restoran bawah itu.

"erm, tak biasalah. rasa macam janggal lah." aizat membuat alasan.

"alaaa...boleh la. boleh la..." ayin mengerdipkan matanya. aizat pula rasa macam sedang tercekik tulang ayam.

"errrr..."aizat masih lagi menimbangkan lagi. dia masih memikir.

"please...kalau tak boleh, takpelah. saya merajuk dengan awak!" ayin memasamkan mukanya lalu memandang ke tempat lain sambil memeluk tubuhnya.

aizat menggaru-garu kan kepalanya. ah! sudah.

"boleh. tak kisahlah ayin nak panggil apa. abang, dear, sayang, honey, bunchy my plumpy... tak kisah lah. asalkan awak tak merajuk." aizat memujuk.

"boleh? yeay!!!" ayin menepuk tangannya tanda kegembiraan. "eem, abang...ada lagi satu permintaan." ayin mengerdipkan matanya.

"apa dia?"

"abang panggil saya sayang. boleh?" ayin merapatkan tangannya. seperti sangat-sangat mahukannya.

membulat matanya. wah!ini sudah melampau. ingat kalau lupa ingatan, perangai makin baik. ini makin menjadi.

"boleh sayanggg..." aizat menekan perkataan sayang. dia tidak mahu ayin merajuk. sudahlah perangai seperti budak-budak, susah pula hendak memujuk. lagipun dia bukannya pandai sangat bab pujuk memujuk ni. dia ni bukannya mulut manis. ini bukannya budak-budak kalau ikutkan. sepatutnya dah boleh jadi mak budak.