BAB 10

"kau tak payah kerja. dah ada orang lain ganti kau..." ayin memotong percakapan aizat.

"ha?! mana boleh. habis saya nak kerja dekat mana?" kedengaran suara ayin sayu. memang sedih. bukannya apa, walaupun aizat selalu menyakitkan hatinya. tapi, dia tetap selesa bekerja dibawah aizat.

"kau ni kan. aku belum habis bercakap la. kau akan mula bekerja balik bila kau sembuh sebetulnya. lagi satu jangan risau pasal gaji kau. aku bagi jugak macam biasa." aizat memandang ke tempat lain. lalu di membisik perlahan. "sama je macam dulu. suka potong cakap orang...haih."

"macam dulu? apa maksud encik aizat?" ayin berkerut.

"tak ada pun maksudnya. kau tak payah nak tahu lah. eem, lepasni kau jangan jejak kaki dekat pejabat aku. aku nampak kau dekat situ siap kau!" amaran keras diberi oleh aizat.

ayin serta merta mengangkat tabik dengan penuh hormat. tercetus ketawa kecil di bibir mereka berdua.



Ayin mengambil majalah wanita yang baru sahaja dibelinya pagi tadi. sudah seminggu dia berehat di rumah. kalau ikutkan haritu dah boleh mula kerja. tapi, dihalang keras oleh aizat. dia jadi pelik dengan aizat.

walaupun dia berada di rumah. dia sentiasa tidak tenteram. benda yang tak ingin dia ingat akan bergentayang sebelum dia ingin menutup mata.  itu yang dia akan biar lampu terbuka. yang peliknya, bila bangun lampu sudah pun tertutup. tapi, dia bersangka baik sahajalah. sangkanya farhana masuk kedalam biliknya untuk melihat keadaannya.

"hai yin...kau tak nak keluar ke? tak rasa boring?" farhana duduk di sebelahnya. ayin melihat ditangan kiri farhana memegang keropok twisties bbq. apalagi mencelup jugalah tangan kedalm tu. dimasukkan kedalam mulutnya.

"boring la... aku nak kerja. huwaaa!!!"

farhana menggeleng perlahan. dia baru sahaja faham tentang keadaan ayin selepas aizat membuka cerita. sungguh dia berasa kasihan terhadap ayin. perkahwinan mereka pun tidak beritahu kepadanya. rasa ingin sahaja menumbuk kawannya. nasib ayin sudah pulih. tapi, sekarang keadaannya parah. apabila, ayin tidak tahu yang dia sudah berkahwin.

"farhana..."ayin memanggil kawannya itu.

"herm...kenapa?" sahut farhana. keropoknya dihabiskan.

"aku tak tahulah kenapa hati aku rasa sesak sangat. aku macam rasa aku tengah rindu seseorang."ayin memegang di bahagian hatinya.

"kau rindu siapa?"

"entahlah. yang aku tahu hati aku ni tindu sangat nak jumpa dia."

farhana hanya tersenyum pahit. mungkin dia rindukan suaminya aizat. hmm, mungkin. yelah siapa yang tak rindukan suami.



setiap malam memang aizat akan melawat ayin. inilah rutin hariannya dan sudah menjadi kebiasaan balik kerumahnya sebelum subuh. farhana telah tahu. dia selalu alan keluar malam pada pukul sembilan. diberi alasan kepada ayin, dia membuat kerja part time untuk mencari duit lebih.

diusap perlahan pipi mulus isterinya itu. sungguh dia rindukan ayin yang dulu. ayin yang sentiasa manja dengannya.

"baru je abang nak rasa bahagia dengan sayang. tak sangka sekejap je rasa bahagia tu. tapi, takpe. tiba masanya nanti keadaan akan jadi macam dulu."

aizat merebahkan badannnya disebelah ayin. wajah ayin ditenung sehinggalah dia tertidur. seperti biasa sebelum subuh dia akan pulang kerumahnya.