BAB 4

"ayin jom teman saya makan." aidid tiba-tiba sahaja muncul. ayin yang sedang mengemas fail yang bertaburan itu terus mengangkat kepalanya.

akhir-akhir ini dia sibuk dengan project baru. aizat memberi banyak tugasan sampai dia tidak dapat keluar dari pejabat. kalau makan hanya orang bawahan sahaja yang tolong belikan.

"tak boleh lah bos. saya ada kerja. banyak ni. kang tak pasal-pasal bising pulak encik aizat dekat saya." ayin menolak. dia terus menyambung kerjanya yang tergendala sebentar tadi.

"takpe, saya cakapkan dekat adik saya lah nanti." aidid cuba memujuk.

"tapi..."ayin sudah rasa serba salah.

"please...temanlah. dah berapa minggu dah saya tak makan dengan awak. lepasni saya outstation dekat singapore, tak dapat nak jumpa awak. dah lah lama. sebulan pulak tu." aidid cuba untuk memujuk ayin. ayin pula rasa serba salah menebal di dalam hatinya untuk menolak.

"erm...boleh lah. tapi, jangan lama-lama tau. saya banyak lagi kerja yang bertimbun."

"okey! jom. saya nak bawak awak pergi dekat kedai yang baru bukak semalam." aidid berkata dengan ceria sekali.

ayin mengambil handbagnya lalu terus mengikut langkah aidid.



"Ayin! ayin!" aizat melaung nama ayin. tidak kelihatan.

"ayin! ayin!" dilaung sekali lagi juga tidak kelihatan. pelik! biasanya jika dipanggil cepat-cepat ayin akan datang.

aizat terus bangun dan menuju ke tempat duduk ayin yang berada di sebelah. pintu bilik itu dikuak luas.

kosong. tiada sesiapa. aizat mendekati ke meja ayin. yang ada hanyalah handphone milik ayin. aizat terus keluar dari bilik itu.



"Sedap tak ayin?" aidid bertanya apabila dia melihat ayin begitu berselera dengan makanan yang dioder khas buat ayin.

"sedap." ayin hanya tersenyum. pada hakikatnya makanan ini tidaklah sesedap mana. lagi sedap kedai dekat depan office tu ha. yang ia pun, dia ingin cepat-cepat menghabiskan makanannya dan cepat-cepat pulang ke office. sungguh dia berasa janggal ketika ini apabila aidid hanya memandangnya sedari tadi. pinggan itu licin tiada sedikit pun yang tertinggal.

"saya pergi dulu ya. sebab, biasanya encik aizat cari saya time macam ni." ayin terus bangun. dia mahu cepat-cepat meninggalkan tempat itu.

"eyh, nantilah dulu. saya tak habis makan lagi. kalau ye pun tunggulah saya.kesian saya makan sorang-sorang."

ayin mula rasa serba salah. dahlah makanan ini dibayar oleh aidid. akhirnya, dia memutuskan untuk menemani aidid.

handbagnya dibuka ingin mencari handphonenya. dia ingin memberitahu kepada aizat yang dia akan pulang sedikit lewat ke office kerana menemani aidid.

diselongkar handbagnya itu. habis semua barang-barang yang berada dalam handbag itu berterabur. dia mula panik. ah! sudah dimana pula dia meletakkan handphonenya?

"eem...bos saya nak kena balik emergency!" terus dia memasukkan semua barang kedalam handbagnya. lantaklah berterabur.

"kenapa?"

"saya balik dulu. maaf dan terima kasih sebab belanja saya makan."ayin terus keluar dari situ.



"Mana ni? adoi!!!" ayin menggeledah semua tempat. di bilik itu sudah berterabur semula fail yang telah dikemas. di cari pula sehingga ke luar. aizat yang perasan dengan tindak tanduk ayin itu terus bertanya.

"kau dah kenapa? macam orang gila je ke hulu ke hilir."

ayin menggarukan kepalanya. matilah dia kalau dia beritahu handphone miliknya hilang. mesti korang rasa pelikkan kenapa dia nak kena marah pulak? bukannya dia punya handphone.sebab...semua maklumat, semua jadual, semualah! semuanya ada di dalam handphone tu. ha!matilah nak aku!

"ta..tak. tak de a..pa apa." tergagap dia ingin berkata.

"dah...lepasni kau balik rumah. malam ni kita pergi outstation. kita kena pergi perlis. malam ni jugak."

"what the? harini? esok tak boleh ke?" rasa cepat sangat ingin outstation. yelah malam ni kot. tak sempat nak beli phone baru. huhuhu...dahlah folder yang dekat perlis tu pun ada kat situ. oh my!

"dah. balik! kang malam ni nak gerak. cepat!" aizat menghalau ayin.