BAB 11

akhirnya, dia menjejakkan kakinya semula di pejabat ini. sungguh dia rindu dengan meja, kerusi,fail. eish, ada ke patut rindukan tu. ha!orang yang dirindukan di dalam pejabat ini ialah... aizat. hahaha!!! dah lama dia tak menyakat encik aizat.

kakinya laju memasuki ke dalam bilik aizat. aizat yang ternyata terkejut dengan kehadiran ayin. ayin pula hanya tersenyum-senyum sahaja.

"dah kenapa dok tersenyum tu. kau dah tak reti nak ketuk bilik aku lepastu bagi salam? bukan ke kau ni orang islam. sepatutnya kau kena ikut adab yang kau dah belajar selama ni. mesti pendidikan islam kau fail kan.ish, lain kali belajar pendidikan islam tu pandai-pandai. " ha! panjang lebar aizat memberi tazkirah free.

ayin menggarukan kepalanya yang tidak gatal. dah terbalik dah. biasanya dia yang akan selalu bertazkirah. kini aizat pula yang memberi tazkirah.

"ehehe...sat" ayin keluar semula. dia mengetuk pintu bilik itu dan memberi salam.

"herm. bagus. sekarang ni kau pergi buat kerja. jangan kau nak berehat pulak. dah syuh!" aizat menghalau.

ayin mencebikkan bibirnya. biasa orang kalau masuk bagilah kata-kata semangat. ini tidak. huh! bos apalah.

"ha! kau kutuk aku dalam hati eyh. bawak lah bertaubat."

terus ayin rasa macam nak tercekik tulang ayam. dia hanya tersengih sahaja macam kambing busuk.

"saya pergi dulu encik aizat." ayin terus keluar dari bilik itu. hailah...wanginya bilik tu.

mata aizat menghantar pemergian isterinya itu. keluhan berat dilepaskan. dia terfikir. terfikir adakah ayin dapat menerima dia? sanggupkah ayin menerima perkahwinan ini?

aizat meraupkan rambutnya kebelakang. serabut. serabut dengan masalah ini. hatinya sarat dengan rindu. rindu yang menggunung terhadap ayin.



Harini dia lunch dengan aizat. pelik. tiba-tiba sahaj aizat mengajak keluar makan. pada mulanya memang tak nak. tapi lepas aizat kata dia ingin belanja memang setujulah. lagipun bulan ni hampir nak pokai. so, berjimat cermat lah harini. eheheh...

"ush! dah buang tebiat ke encik aizat?" ayin memandang sekeliling. terkejut juga tempat yang dibawa oleh aizat.

"buang tebiat kau cakap? eyh, kira baguslah aku bawak kau dekat sini. ke kau nak makan tempat lain?" aizat menarik kerusinya lalu duduk berhadapan ayin.

"takdelah. tempat yang selalu saya pergi takdelah macam ni. ini lain macam."

"macam apa?"

"macam nak bawak saya pergi dating je." ayin tersengih seperti kerang busuk.

aizat hanya diam. dia malas untuk melayan ayin. kalau dialayan perangai gila ayin takut nanti lain macam pulak jadinya.


Cause all of me
Loves all of you
Love your curves and all your edges
All your perfect imperfections
Give your all to me
I'll give my all to you
You're my end and my beginning
Even when I lose I'm winning
'Cause I give you all of me
And you give me all of you, oh oh

Give me all of you
Cards on the table, we're both showing hearts
Risking it all, though it's hard...

lagu itu terus berdendang di ruang makan itu. tiba-tiba sahaja air mata aizat menitis. tidak tahu kenapa dia menangis tiap kali lagu itu dipasang.

ayin yang perasan terus mengambil tisu yang sudah tersedia di tepi meja itu. dia pun naik hairan juga kenapa aizat tiba-tiba sahaja menangis.

"encik aizat..." ayin menghulurkan tisu kepada aizat.

"thanks." aizat menyapu air matanya lalu duduk tehak sahaja. phonenya dikeluarkan dari poket dan buat-buat seperti sedang sibuk.

"kenapa encik aizat nangis ek? lagu ni sedih sangat eyh?"

aizat hanya diam seketika. dia tidak tahu untuk menjawab persoalan ayin itu.

"sebenarnya, lagu ni memang dikhaskan untuk dia. belum sempat lagi aku nak nyanyikan untuk dia. kalau lah masa boleh diputarkan semula..."