BAB 12

ayin mengemas semua fail yang berselerak diatas mejanya. naik pening kepalanya apabila semua fail itu harus disemak semula. entah apa angin aizat pada hari ini.

disemak satu persatu. walaupun kepalanya pening, tetapi dia gagahkan juga sehingga siap. dipandang kearah luar semua sibuk menyiapkan tugasan yang baru diberi. ayin mengeluh. entah mengapa hatinya kini berasa sedih. dia tidak faham dengan emosi hatinya kini. kadang sampai suatu ketika dia menangis. apabila rindu, makin menjadi-jadi hatinya.

"ayin masuk bilik sekarang!" suara aizat yang tegas dari interkom membuatkan ayin terkejut dari lamunannya. pantas dia bangun dan memegang buku kecil untuk mencatat segala kehendak aizat.

pintu itu diketuk terlebih dahulu sebelum masuk. apabila disuruh masuk barulah ayin akan masuk dan duduk di hadapan aizat. wajah aizat kelihatan tegang. menggeletar pula lutut ayin sekarang ini.

"aku nak cakap benda penting. harap kau faham. sesekali pun kau jangan nafikan."

ayin meneguk air liurnya. ah sudah. takkan nak ajak aku pergi kahwin kot. ush! gatal kau ayin...

"erm, cakaplah."

ditarik nafas sedalam-dalamnya. selama ini dia hanya merahsiakan. tapi, pada hari ini, pada waktu ini, pada saat ini, pada detik ini dia akan memberitahu segalanya. terpulang kepada ayin samada dia ingin percaya atau tidak.

"kau dah kahwin."

ayat itu cukup membuatkan ayin berasa terkejut. dia cuba untuk menghadam perkataan aizat. mungkin ada maksud disebaliknya.

"ah?" ayin membuatkan muka blurnya.

"aku cakap kau dah kahwin. K.A.H.W.I.N" siap dieja perkataan kahwin itu.

ayin mengerutkan dahinya. sejak bila pula dia kahwin? terus meletus ketawa ayin. sungguh dia berasa lawak dengan apa yang dikatakan oleh aizat.

"saya?" ayin memyambung gelaknya lagi. "bila masanya pulak saya kahwin? saya kahwin dengan siapa? dengan encik aizat?"ayin tergelak lagi.

"erm. kau kahwin dengan aku. time kita pergi penang. kalau kau tak percaya,aku akan buktikan. semua ni kau tengok." aizat meletakkan sebuah fail. di dalam itu semua borang nikah ada di situ. ayin membuka fail itu. terkejut. ternyata memang benar apa yang dilihat.

"apa semua ni?apa yang encik aizat dah buat? saya tak faham. macam mana saya kahwin dengan encik aizat?"bertubi-tubi soalan dari ayin.

"saya akan explain. jadi,awak kena dengar."

"tak nak!"ayin menutup telinganya. dia terus keluar dari bilik itu lalu memasuki bilik pejabatnya dikuak kasar. handbagnya diambil. tidak memikirkan apa-apa lagi dia terus keluar. dari biliknya.

ayin masuk semula kedalam bilik aizat. aizat ternyata terkejut apabila ayin menarik tangannya mengikut langkahnya. ayin menuju ke kereta milik aizat. aizat ternyata faham dia terus mengeluarkan kunci keretanya dari poket seluarnya lalu dihidupkan keretanya itu.honda accord itu meluncur laju di atas jalan raya.