BAB 3

"ayin! mana aku punya kopi?!" ayin terus memusingkan badannya. eiii! baru je aku nak duduk. aku sekeh mamat 'hoi' ni kang.

yup! mamat 'hoi' a.k.a aizat menjadi bos kepada ayin. inilah yang dikatakan oleh bos lamanya aidid. 'inilah calon sesuai'. hai...boleh dikatakan menyesal tahap babun dah ni. tapi, terima jelah seadanya.

boleh dikatakan hari-hari ayin kena seksa dengan bos barunya. balik pun selalu lewat. bila peti ais kecik dia dah habis makanan. ayin menjadi mangsa untuk membeli makanan dan minuman. nasib baik, semua bil ditanggung beres oleh bosnya. kalau tidak on the spot dia letakkan surat berhenti kerja 24 jam atas meja.

"erm...encik aizat. tak elok minum kopi. kalau hari-hari encik minum kopi. nanti kang dapat sakit. kopi kan ade kafein. so, tak eloklah. kalau sekali sekala takpelah jugak. saya syorkan encik minum air masak. air masak elok sebab memberi kekuatan pada tubuh badan. ha! air masak kalau encik nak minum hari-hari pon boleh. kalau kopi ni kadang encik aizat suka minum yang pahit, manis. ha, kalau kopi tu manis confirm dapat kencing manis." ha! hamek kau. gedebuk! dapat tazkirah free pasal air. baru pasal air. hahaha!!!

"bisinglah kau! dah keluar!" itu sahajalah yang dikatakan oleh aizat sendiri apabila dia diberi tazkirah oleh ayin.

"baik bos!" terus ayin keluar. sebaik sahaja dia keluar meletus ketawanya. hahaha!!!

tiba-tiba sahaja pintu bilik pejabat terkuak luas. muka itu merah menahan marah. terus ayin berdiri tegak menghadap aizat.

"kenapa gelak?" aizat mengetap giginya.

"saja...kenapa tak boleh? dilarang ek?" ayin membuat muka selamba. yang iye, dalam hati ni dah ketakutan. takut kena jerkah.

"saja? bukan kau gelak pasal aku ke?" aizat mengangkat keningnya.

"eeh. perasannya encik aizat. saya gelak untuk menceriakan hidup saya yang tak berapa indah ni ha. tak naklah muka masam-masam tak lawa."

aizat mengetap giginya. sungguh dia berasa geram dengan wanita ini. sejak pertama kali wanita itu bekerja dengannya, sudah membuat dia geram. lagi bertambah geram bila ayin suka menjawab.

"encik aizat, saya pergi dulu." ayin melarikan dirinya sebelum ditujah dengan ayat yang membuatkan hatinya bertambah sakit hati.



"How's your work? okey?" aidid duduk dihadapan ayin. muka ayin masam sahaja. masam-masam ini jugalah yang aidid igaukan.

"huh! adik bos tu memang suka sakitkan hati orang eyhk? pelik betul saya dengan dia. sikit-sikit nak suruh saya buat kerja. sampai tak terduduk saya dekat kerusi. itupun belum kemas lagi meja saya. eeiii serabutnya!" ayin memicit dahinya.

aidid tergelak melihat ayin. gelagat ayin membuat hatinya terusik. disebabkan itulah dia jatuh hati kepada ayin. haiii...kalau dah suka memang tak boleh nak buat apa.

"sabarlah...kalau awak sabar dalam beberapa bulan lagi dia elok lah tu." aidid memandang wajah ayin.

"elok? takdenya. gayanya tunggu sampai ke tualah baru nak elok." ayin membuang pandangannya kearah lain.

aidid tersenyum lalu dia mengeluarkan handphonenya untuk menunjukkan sesuatu kepada ayin.

"hai bang...kau tak ajak aku makan sekali. kau tak bagi tahu pun kau ada kat area ni." aizat duduk disebelah ayin. terkejut ayin melihat kehadiran aizat. nasib baik air teh o ais nya tak tersembur di muka aidid.

"alah, aku kat area sini pun sebab nak jumpa ayin.erm...bukan time macam ni kau biasa dekat office ke. suka terperap dari keluar. ni tiba-tiba je keluar. kenapa?" aidid mengambil jus epal lalu disedut.

"boring lah. asyik terperap je. sekali sekala keluar tengok pemandangan." dia jeling sekilas kearah ayin. dia keluar pun sebab dia nampak aidid dan ayin bertemu. kalau tidak memang tak lah dia keluar dari pejabatnya.

"encik aizat, bos, saya naik dulu lah. buat kerja yang tak siap. kang nanti ada orang marah saya. assalamualaikum." ayin meletakkan not sepuluh diatas meja tapi aidid menyuruh ambil semula duit yang diletakkan tadi itu. dia terus bangun dari kerusinya diikuti oleh aizat.

"aku pun sama. abang aku naik dulu lah. malam ni macam biasa tau." aizat meletakkan not rm50 diatas meja.

"okey." aidid tersenyum hambar.

ayin terus berlalu pergi. dia tak nak aizat mengikutnya. nanti mesti ada sahaja yang hendak digaduhkan.

"aduh! sakitlah!" ayin menjerit apabila tangannya ditarik begitu kuat sekali. ayin menjeling aizat dengan tajam sekali.

"kenapa kau jumpa abang aku? kau ada skandal dengan abang aku? atau sebenarnya kau..."

pening ayin dengan soalan dari aizat. tergeleng-geleng kepalanya melihat aizat.

"dah kenapa? salah ke saya nak jumpa bos saya." ayin membuat muka selambanya

aizat mengetap giginya menahan marah. entah, dia sendiri pun tidak tahu kenapa hatinya berasa panas tatkala melihat abangnya dan ayin bersama.

"suka hati kaulah!" aizat pergi meninggalkan ayin yang masih tercengang. aihk, pelik sungguh dengan perangai aizat.