Bab 1

“Mya? Are you okay?” suara Lisa memecah gegendang telingaku. Aku mengangkat kepala. Dahiku masih berkerut-kerut menahan kesakitan.

“Aku call suami kau ya?” Lisa sudah mencapai handphonenya.

“Ehh… tak payah, tak payah. I’m okay,” Aku cuba meyakinkannya.

“Tapi…” Lisa masih ragu-ragu.

“Jangan bagitahu dia. Please Lisa…” Aku merayu kepadanya. Lisa mengeluh.

“Baiklah. Tapi, janji. Lepas ni, kita pergi klinik.” Aku mengangguk lemah. Lisa terus beredar. Badanku segera disandarkan ke kerusi. Mataku terpejam seketika.

“Kenapa kepala aku sakit sangat ni? Aku makan apa malam tadi?” Aku masih bingung dengan apa yang menimpa diriku. Puas sudah diriku pusing kanan dan pusing kiri. Namun, tak hilang juga kesakitannya.

“Kenapa ni?” tanya satu suara. Aku membuka mata. Mataku terbeliak apabila Taufiq berada di depan mata.

“Apa yang awak buat kat sini?” tanyaku. Taufiq tidak mempedulikan soalanku, lantas dia terus menarik tanganku.

“Kau sakitkan? Aku hantar kau pergi klinik. Tangan kau pun aku dah rasa panas,” Taufiq berkata. Aku menggeleng-geleng.

“Tapi, saya ada kerja.” Taufiq membeliakkan mata.

“Kau nak jalan sendiri ke… nak aku gendongkan?” Taufiq masih dengan suara kasarnya. Aku menunduk. Pantas, kakiku laju pergi ke arah pintu lif. Taufiq kaget. Tadi bukan main lagi buat muka sakit, sekarang boleh pulak dia lari laju. Taufiq terus tersenyum.

“Dah okey ke belum ni?” Aku tak menjawab soalannya. Mataku masih terpejam. Tiba-tiba, Taufiq menyandarkan kepalaku ke bahunya. Aku terkejut. Namun, aku biarkan aje. Rasa tenang menyelubungiku.

Tiba-tiba, badanku terasa melayang kerana Taufiq mengendong tubuhku. Hampir terjerit aku. Taufiq mendukungku sampailah ke keretanya. Selesai memasukkan tubuhku, Taufiq segera masuk di dalam bahagian pemandu. Kereta terus dituju ke klinik yang berhampiran.

“Nur Famya Hanna!” Jururawat memanggil namaku. Aku segera masuk ke dalam bilik.

“Sakit apa?” tanya doktor lelaki itu lembut.

“Err… saya sakit kepala. Terasa mahu pitam.” Jelasku ringkas. Doktor itu mengangguk lalu mencatatkan sesuatu ke dalam buku catatannya.

“Okey, puan boleh tunggu di luar.” Aku mengangguk.

Taufiq yang sedang menungguku segera memapahku sampailah aku duduk di kerusi. Selesai mengambil ubat di kaunter, aku dan Taufiq segera pulang ke rumah.

“Naik atas bilik dulu. Nanti aku datang,” Taufiq menyuruhku. Aku hanya akur.

“Nah, makan bubur. Aku tau tak sedap, tapi kau makan ajelah.” Aku tersenyum melihat gelagatnya.

“Hmm… sedap,” perlahan suaraku. Taufiq leka melihat aku makan bubur yang dibuatnya.

“Macam mana awak tahu yang saya sakit?” tanyaku lalu meletakkan mangkuk bubur itu di sebelah. Habis!

“Lisa.” Jawabnya pendek. Sudah kujangka jawapannya. “Tidurlah dulu. Biar demam kau kebah sikit.” Taufiq menepuk bantal untukku. Aku terus baring. Beberapa minit, mataku sudah terpejam. Taufiq mengusap rambutku dan terus mengucup ubun-ubunku.

**************

Hmm… kenapa aku rasa aku sedang peluk seseorang dan bukan bantal peluk aku? Peliknya… Perlahan-lahan, mataku terbuka. Gulp! Mataku terbuntang.

Pantas tanganku melepaskan pelukan. Nasib baik dia tak sedar yang aku peluk dia, kalau tak malu gila aku nanti. Belum sempat aku mahu bangun, tangan Taufiq sudah menarik tanganku. Aku hilang keimbangan lalu terjatuh semula ke dalam dakapan Taufiq. Taufiq memelukku erat sampai aku tidak dapat bernafas. Debaran di dada kian kencang.

“Fiq… bangun.” Aku akhirnya membuat keputusan untuk mengejutnya. Badan Taufiq sedikit bergerak-gerak namun aku tak putus asa.

“Jom, kita Solat Isya’.” Akhirnya, Taufiq melepaskan pelukan. Fuhh… lega!

“Aku dah tadi. Kau solatlah.” Suara Taufiq seperti malas.

Tanpa membuang masa, aku masuk ke dalam bilik air. Dahi cuba kusentuh. Tak panas lagi. Dengan lafaz bismillah, aku mengambil wudhu’.  Kemudian, aku solat dengan khusyuk. Seusai solat, aku terus melipat telekung lalu aku simpannya ke dalam beg kecil.

Aku menggaru kepala. Aku nak tidur mana ni? Kalau tidur sebelah Taufiq, nanti dia marah pulak. Aku tidur atas sofa ajelah.

“Eh, nak tidur dekat mana tu?” tanya Taufiq sambil memandang wajahku. Aku yang tidak dapat menentang matanya terus menundukkan wajah.

“Err… sofa.” Perlahan suaraku.

“Tidurlah dekat sini,” Taufiq mengajakku. Mataku tidak berkelip memandangnya. Betul ke apa yang aku dengar?

“Cepat, kalau tak aku suruh kau tidur dekat bawah. Bukan sofa,” ugutnya. Aku dengan perlahan-lahan mendekatinya. Tubuhku dibaringkan di sebelahnya. Tiba-tiba, pinggangku dipeluk olehnya. Aku membiarkannya. Aku aneh. Tidak pernah dia sebaik ini kepadaku. Mungkin disebabkan aku sakit, dia berbuat baik denganku. Akhirnya, mataku terpejam.

************************

“Sayang, bangun. Kita Solat Subuh,” suara halus menusuk gegendang telingaku. Suara itu suara Taufiq ke? Aku membuka mataku perlahan. Taufiq tersenyum. Dia… tersenyum dekat aku ke?

“Solat Subuh?” Aku seperti hilang ingatan.

“Ya sayang. Cepat ambil air sembahyang.” Taufiq sudah menarik tanganku untuk bangun. Tanganku mengesat mataku yang terasa ngantuknya. Aku terus masuk ke dalam bilik air. Eh, kejap! Apa benda warna merah dekat belakang seluar aku ni? Aku datang bulan ke?

“Kenapa?” tanya Taufiq hairan apabila aku keluar daripada bilik air dengan muka yang tidak berbasah.

“Err… saya tak boleh.” Aku tersipu-sipu malu. Taufiq tersenyum dan kemudian solat dua rakaat. Aku asyik memerhatikannya. Suara merdunya menusuk kalbuku.

“Hmm… sudah-sudahlah tu berangan.” Taufiq memecahkan lamunanku. Aku tersentak. Taufiq menghulurkan tangannya untuk bersalam lalu aku menyambutnya dengan ikhlas Tidak semena-mena, Taufiq mengucup dahiku. Aku terpana seketika.

“Hari ni, kau masak hotcakes boleh?” Taufiq cuba mengubah topik kerana aku memandangnya tidak berkelip. Aku mengangguk.

“Hmm… bahannya ada?” tanyaku sambil menuruni tangga.

“Ada.” Pendek Taufiq jawab.

“Okay, let’s start!” Aku terus memecahkan telur ke dalam mangkuk besar. Aku kacau telur itu dengan sebati. Buatnya macam lempeng aje. Tetapi, hotcakes ni kena buat cantik-cantik. Warnanya coklat kepekatan. Selepas siap aku buat empat keping hotcakes, aku letak di atas pinggan sama rata. Aku dua, Taufiq dua.

“Aik? Takkan nak makan ni aje?” tanya Taufiq pelik. Aku tersenyum. Aku terus mengambil madu dan mentega di dalam peti ais. Madu itu aku letak di atas hotcakes dan membuat bentuk love. Taufiq kagum melihatnya.

“Okey, selamat menjamu selera!” Aku tersenyum puas dapat membuat hotcakes untuk Taufiq.

“Hmm… sedap! Pandai kau masak,” pujinya. Aku tersengih.

“Setiap pagi aku nak kau masakkan hotcakes untuk aku boleh?” Aku mengangguk tanda setuju dengan pendapatnya. Hotcakes juga merupakan kegemaranku.

“Awak suka makan hotcakes ke?” tanyaku memecahkan kebuntuan. Taufiq hanya mengangguk.

“Mula-mula, aku langsung tak suka makan hotcakes. Tapi, bila mak aku paksa makan hotcakes aku terus suka.” Ceritanya seperti budak-budak kecil. Aku tersenyum nipis. Comel!
“Kenapa awak tak suka makan hotcakes?” tanyaku lagi.

“Entah!” Selamba dia menjawab. Tidak kusangka juga, Taufiq yang dulu keras seperti batu kini sudah pandai berinteraksi denganku. Sememangnya, aku gembira dengan perubahannya.
“Hmm… kau tak nak jumpa mak dengan abah kau?” tanya Taufiq tiba-tiba. Aku tersentak. Mulutku terus terkunci.

“Diorang dah buang saya…” Sayu suaraku.

“Semalam diorang telefon aku. Tanya tentang kau.” Aku tersenyap.

“Kenapa dia tenya pasal saya? Bukan ke dia yang tak nak jumpa saya lagi?” Aku tiba-tiba beremosi. Taufiq pantas memegang tanganku memberi kekuatan kepadaku. Aku tenang seketika.

“Aku tau, diorang memang sayangkan kau.” Perlahan pertuturan Taufiq. Aku masih senyap. Tiba-tiba, air mataku gugur satu persatu. Taufiq kelihatan tergamam. Tangannya terus menyeka air mataku lalu mendakap tubuhku erat.

“Aku tau, diorang memang rindukan kau.” Aku memejamkan mata.

“Kalau diorang sayangkan saya, rindukan saya, kenapa diorang buat saya macam ni?” Air mataku terus menodai pipiku. Taufiq tidak menjawab, namun dia tidak henti-henti memujukku.

**********************

“Apa yang kau buat dekat sini?” tanya seseorang lelaki kasar. Aku berpaling. Mukaku terasa membahang apabila melihat seorang lelaki yang tidak dikenali tidak berbaju.

“Tadi kawan saya call saya. Dia kata kawan saya demam dan pindah ke rumah ni. Jadi, saya terus pergi ke sini.” Aku terpaksa menjelaskan perkara yang sebenar.

“Apa yang kau merepek ni? Mana ada kawan kau. Yang ada, aku aje.” Belum sempat lelaki itu berkata, pintu rumah itu kedengaran diketuk bertalu-talu. Lelaki itu segera membuka pintu dan wajahnya pucat serta-merta.

“Assalamualaikum!” satu suara memberi salam. Lelaki yang pucat itu menjawab salam dalam hati.

“Maafkan kami kerana mengganggu kamu. Kami daripada pihak JAKIM ingin memeriksa di dalam rumah kamu.” Tenang suara lelaki yang berusaia 50-an itu.

“Err… kamu berdua ini bukan muhrim?” tanya seorang lelaki lain. Aku dan lelaki yang tidak berbaju itu memandang antara satu sama lain. Muka masing-masing pucat.

“Err… bukan.” Jawabku perlahan.

“Habis tu, kenapa kamu berdua berdua-duaan di dalam rumah ini?” tanya lelaki yang berusia 40-an pula. Kami berdua sudah semakin sesak apabila ditanya beberapa kali soalan yang amat memeningkan kepalaku. Ya ALLAH… bantulah hamba-Mu ini…

“Sila hubungi keluarga anda,” lelaki daripada JAKIM itu meminta.

“Tapi…” Ayat-ayatku terhenti. Lelaki itu tanpa membuang masa mengeluarkan telefon bimbitnya. Beberapa minit bercakap di dalam telefon, lelaki memandang wajahku.

“Keluarga saya suruh saya kahwin dengan perempuan ni.” Kata lelaki itu perlahan. Aku terkejut. Tidaakk!!

“Bagaimana dengan saudari?” tanya seorang wanita pula. Aku terus mengeluarkan handphone dan nombor telefon rumah aku dail. Suara emak kedengaran di corong telefon. Aku menceritakan segalanya yang berlaku. Tepat yang kujangka, mak menjerkahku. Mak turut menyuruhku agar mengahwini lelaki itu. Dan paling menyedihkan, mak juga telah membuangku.

“Hmm… keluarga saya pun setuju.” Jawabku lemah.

Akhirnya, upacara akad nikah dijalankan di rumah lelaki itu sahaja. Aku seperti mahu menangis saja. Namun, aku tahu tiada apa yang boleh mengubah hidupku saat ini. Bermulalah episod baru bersama lelaki yang tidak aku kenali.