Bab 1

Aku merupakan pelajar tahun akhir di IPTA di Pantai Timur. Nak dijadikan cerita. Institusi aku berada di ceruk hutan dan luar bandar. (Pandai-pandai la teka institusi mana) ??????.

Bermulanya sem baru. Bilik aku merupakan aras G which is bawah sekali dan bilik aku jugak bilik besar untuk 4 orang. Pada hari lapor diri, hanya 3 orang sahaja yang ada dalam bilik tu iaitu aku, ina, ana. Dorang merupakan classmate aku dan kawan rapat. Waktu daftar bilik tu, kiteorang memang dah assume yang tak ada yang akan duduk dengan kiteorang dan biar kami ber3 sahaja duduk bilik tu.

Pada minggu pertama, bilik kami masih lagi tiada 'roommate'. Dan memandangkan satu katil kosong. Kiteorang guna katil tu letak kasut2 dan tilam tu aku ambil dan double kan. ??????. Kiteorang macam biasa ber3 sahaja dalam bilik. Melalak memekak malam buat assignment n idea untuk final year project.

Waktu ni, kiteorang ber3 tertidur gara-gara penat dengan class yang padat, discussion lagi. Waktu tu dalam senja tak silap. Aku dengar ada orang ketuk. Memandangkan katil aku dekat sangat dengan pintu. Aku biarkan sahaja ingatkan customer Ina sebab dia buat printing. Selalu kalau customer nak printing dorang akan bukak pintu sebab kunci tinggal luar senang sebab pintu tu auto lock. Makin lama makin kuat ketukan pintu tu. Aku pun bangkit dan bukak pintu tersebut ada makcik ni, tua dah muka berkedut bagai. Desus hati aku "makcik cleaner bukan dah balik ke time macam ni". Aku pun tanya. "Makcik cari siapa eh" . Dia diam jer dan terus melulu dekat katil yang kosong tu. Aku jadi pelik dan terus kejut Ina dengan Ana. Bila dorang sedar makcik tu dah beredar tapi ada luggage besar dekat tepi katil tersebut. 'Masa bila mung bawok luggage tu ?' Ana tanya aku. Aku terpinga-pinga.

Aku pun tutup pintu dan aku cerita dekat Ina dengan Ana apa yang berlaku tapi diorang cakap aku mengigau sebab masingh-masing tidur waktu senja. Kiteorang ber3 selesai saja solat maghrib tiba-tiba ada orang ketuk pintu dengan kuat sangat-sangat dah la maghrib2 ni....