Bab1

Dari tadi lagi orang yang aku tunggu-tunggu tidak kelihatan.

Jam tangan G-shock yang membelit pergelangan tangan aku kerling. Aih... Dah hampir 30 minit orang yang aku tunggu-tunggu tak kunjungan tiba.

Dia ni lambat ke sengaja nak siksa aku?

Tak pernah-pernah lambat sehingga begini lamanya!

Handphone cepat ku keluar kan dari dalam kocet seluar. Jari-jari pula laju berlari di atas skrin. Mencari nama si orang yang entah kemana. Janji jumpa 11 tepat. Ini dah nak masuk angka ke 11.40.

Tertera nama lelaki tersebut, cepat jari mendail nombornya.

"This is the voice mail number, 0... 1... 6... "
Belum sempat angka empat si operate menyebut aku dah tekan butang off. Tak payah nak bagi tau nombor dia. Aku tahu semua angka nombor dari 1-10!

Hati yang kegeraman di ketap kuat. Ikutkan rasa, binasa dia ini aku kerjakan. Dahlah lambat! Call aku tak di sambut! Dia tengah buat apa sebenarnya? Ada meeting atau tengah berpesta dengan model-model cantik dia tu!

Mata sekali lagi meliar. Cari kelibat dia kalau-kalau baru sahaja dia tiba. Kalau dua minit tak sampai lagi, aku chou terus dari sini.

Dan betul sangat tekaan aku. 5 minit aku masih terpacak di sana macam tiang bendera, tanda-tanda muka dia nak muncul tu haram jadah tak ada!

Lantas itu, kaki di hayun tinggi. Tak kuasalah aku tunggu lagi. Buang masa! Buang tenaga! Buang beras yang aku makan pagi tadi. Ergh! Hari ini kau kena main dengan dialah Unna!

Masa berjalan itu, aku nampak ramai sangt manusia yang tengah berkerumun di sepanjang kawasan pintu masuk.

Dah sudah, apa pula yang jadi? Ada artis luar negara masuk Pavillion ke? Atau ada kes ragut? Paling sadis yang boleh aku fikir ada kes kematian.

Yalah, mati bukan boleh di jangka. Bila-bila masa kalau Allah nak tarik nyawa seseorang malaikat maut laksanakan nya tanpa sebarang bantahan.

"Wah... Kau nampak lelaki tu. Handsome siout! "

Telinga lintah cepat tertarik mendengar kata-kata gadis itu bila aku cuba untuk melalui orang ramai yang dah buat pintu masuk shopping mall itu sebagai tepat dia orang berhenti. Hyes, kalau ya pun ada kes jangan nak melekat kaki kat sini.

Pengunjung lain yang macam aku ni nak keluar susah di buatnya. Dahlah aku ni pendek aje! Pengsan juga kalau aku di himpit tak tentu.

Sayang usaha aku ke Pavilion ni. Dahlah kena main dengan boyfriend. Lepastu temui ajal pula. Tinggal inalilah wainailaihi ajelah lagi.

Belum pun sempat badan di bolosi kerumun orang ramai. Tiba-tiba nama aku terasa di seru kuat daripada belakang. Menyebabkan kepala automatik berpaling.

Mata semuanya teracap kearah aku. Apatah lagi orang yang memanggil aku itu tersenyum dengan wajah manisnya.

Erk!

Gugur cik jantung melihat wajahnya itu. Hilang rasa marah membuak-buak tadi bila batang hidung dia kelihatan.

"Unna... " Panggilnya sekali lagi. Sama juga dengan senyuman dia yang kian bertambah gulanya.

Perlahan langkah di besarkan mendekati aku. Di sisinya ada dua orang gadis muda turut melangkah merapati aku.

Entah kenapa rasa nak marah itu kembali marak. Dia bawak siapa pula ni? Model dia ke? Gila nak pergi dating dengan model dia sekali! Tak ada privasi langsung!

Ataupun, dia nak cakap dia nak gantikan aku dengan perempuan lain. Itu yang bawak girlfriend baru dia. Tapi menghairankan juga, kenapa sampai dua orang?

"Awak... "

Belum sempat mulut lancarkan serangan bebelan, tiba-tiba Hariz melutut dihadapan aku. Mulut aku ternganga luas melihat tindakannya itu. Perut rasa kecut. Bibir terkelu. Manakala otak jadi beku. Hariz nak buat apa ni?

Semua orang yang mengerumuni kawasan itu tadi kini sudah buat bentuk bulatan. Aku dengan Hariz berada di tengah-tengah di ikuti dua anjel dia. Alamak! Wajah serta merta berkumpul darah merah. Panas! Mengapam muka aku!

"Unna Haliz..." Hariz sekali lagi menyeru nama aku. Aku tetap pandangan dia seperti tadi. Tiada kata yang mampu aku perkatakan kecuali riak wajah dah pijar.

Senyap sunyi...

Debaran demi debaran aku terima buatkan hati rasa sakit.

Dup... Dap... Dup... Dap...

Hariz menambah rasa itu pabila tangannya menyeluk kocek seluar dan keluarkan sesuatu. Dan seperti apa yang aku agak, kotak cincin bentuk hati yang di tariknya dari dalam.

Apa lagi, meriahlah suasana kawasan itu. Semuanya suara-suara perempuan yang dah teruja melihat drama aku dengan lelaki yang melutut itu.

Kotak cincin di buka. Menambah lagi suara yang bising. Dasar semua dah teruja. Lelaki handsome macam Hariz tau yang melamar aku. Di shopping mall pula itu!

"Unna... Will you marry me?"

Serentak dengan itu, semua orang-orang di sana berpakat agar aku setuju dengan pertanyaan Hariz. Perempuan mahu pun lelaki. Tua muda tak kira. Sehingga ada budak kecil yang melihat pun menyokong agar aku membalas Yes!

Perasaan aku bercampur aduk. Teruja ada. Suka ada. Malu pun ya. Jika di campurkan semuanya ke kanca hati, otak aku jammed!

Namun melihat kesungguhan Hariz. Dengan sokongan padu pula dari pelanggan-pelanggan di sana, hati tiba-tiba ngilu. Terharu! Hingga air mata tak malu untuk jatuh.

Aku tutup mulut aku sekuat yang mampu. Kumpulkan semangat yang ada. Aku menjawab juga soalannya...

"Yes! "