BAB 1

Dengan sekali lafaz kini Sara Aqila sah bergelar isteri kepada Hazriq. Perkenalan mereka selama dua tahun membawa mereka ke jinjang pelamin.

" Terima kasih sayang sebab sudi terima abang jadi suami sayang " ucap Hazriq.

Sara tersenyum kecil.

" Sama-sama. Terima kasih jugak sebab abang pilih Sara sebagai isteri abang. Sara bahagia sangat " .

" Abang cintakan Sara sangat-sangat. Boleh Sara janji satu benda dengan abang? " .

Sara mengangguk.

" Janji dengan abang yang Sara akan sentiasa ada dengan abang walau apa pun yang terjadi dan Sara takkan pernah tinggalkan abang " .

" Sara janji abang. Sara janji Sara akan sentiasa dengan abang dan takkan pernah tinggalkan abang walau apa pun yang terjadi. Susah senang, biar kita sama-sama tanggung" .

" Terima kasih sayang " Hazriq mengucup jemari Sara yang berada di dalam genggamannya.

Sara ketawa kecil. Rasa macam tak percaya sekarang ni dia dah jadi isteri kepada Hazriq. Kalau dulu pantang berjumpa mereka pasti bergaduh. Sekarang ni baru berjauhkan sikit, hati dah rindu. Mudah saja hati mereka berubah.

Dua tahun lepas...

Sara berjalan keluar daripada sebuah cafe. Ditangannya ada secawan kopi yang dibeli di cafe itu. Namun baru beberapa langkah dia berjalan, tubuhnya melayang dilanggar seseorang.

" Aduh " Sara terduduk jatuh.

Air kopi yang dibelinya tadi habis tumpah di baju orang yang merempuhnya tadi.

" Oii buta ke ha? " sergah lelaki itu.

Kecut perut Sara mendengar sergahan lelaki itu. Ewah ewah suka-suka jer nak sergah orang. Dia yang jalan tak pandang depan.

" Yang encik nak marah-marah ni kenapa? Encik yang langgar saya. Sepatutnya saya yang marah encik " bidas Sara semula.

Dia bangun dan mengutip semula tas tangannya yang turut terjatuh.

" Awak yang salah lepas tu awak nak tuduh saya? " marah lelaki itu.

" Encik, mana ada orang yang salah mengaku salah. Encik yang langgar saya dulu lepas tu nak marah-marah saya pulak. Siapa yang buta sekarang ni? Encik ke saya? " Sara mula naik angin.

" Arghh tak kira. Awak yang salah. Awak kena bertanggungjawab. Ganti balik baju saya yang awak dah kotorkan ni " .

Sara mengetap giginya geram. Ikutkan hatinya mahu saja dicekik leher lelaki itu. Dia yang salah, nak salahkan orang pulak.

Bibir Sara tersenyum meleret apabila mengingat kembali pertemuan pertama dia dengan suaminya, Hazriq. Mereka mula rapat apabila Hazriq meminta Sara membasuh bajunya yang kotor gara-gara kopi Sara tertumpah di bajunya.