BAB 1

Usai sahaja menunaikan solat subuh Mak Wan Khalsom sudah berperang dengan segala kelengkapan membuat kek di dapur untuk menyiapkan tempahan kek Sarang Semut yang ditempah oleh jiran-jiran dan penduduk kampung di sekitarnya.

Pendek kata di kampung itu kek Sarang Semut Mak Wan Khalsom sangat disukai.Dala sehari Mak Wan Khalsom akan membuat kek Sarang Semut mengikut tempahan orang kampung,kalau banyak tempahan anak Mak Wan Khalsom iaitu Hanafi akan membantunya membuat kek Sarang Semut itu.

Sudah hampir lima tahun,Mak Wan Khalsom membuat kek Sarang Semut yang diwarisi dari maknya itu tidak lama dulu.Setiap petang Hanafi akan membantu maknya itu kalau ada banyak tempahan,dia tidak melawan setiap kali Mak Wan Khalsom meminta pertolongannya.

Kek Sarang Semut sahajalah yempat Mak Wan Khalsom mencari rezeki untuk menyara dan membesarkan Hanafi dan adik-adiknya,

Mak Wan Khalsom tidak pernah berputus-asa dalam hidupnya selagi Hanafi dan semua adiknya tidak berjaya dalam hidup dan menjadi yang berguna.

Cita-cita Mak Wan Khalsom ingin membuka kedai kek Sarang Semut nya sendiri,untuk membesarkan lagi peniagaan kek Sarang Semut nya disetiap negeri dan mempunyai cawagandi setiap negeri di Malaysia ini.

Itulah azam dan cita-cita Mak Wan Khalsom untuk membuka kedainya sendiri dari mula-mula belajar membuat kek dulu,Mak Wan Khalsom akan menyimpan duit dari hasil jualannya dalam bank untuk membuka kedainya sendiri suatu hari nanti.

Pepatah melayu pernah menyebut “sikit-sikit lama kelamaan akan menjadi bukit” Mak Wan Khalsom tidak pernah lupa pesan maknya dulu sebelum meninggal dunia supaya membesarkan lagi perniagaan kek Sarang Semut nya itu.

Supaya semua orang boleh merasai kek Sarang Semut nya itu dari resepi kek Sarang Semut yang diwarisi dari turun-temurun lagi.