FEATURED

ISTERI UPAHAN

Winter

4.8

3rd Romance Written By Winter AIREEN ELLYSA,gadis yang kini sedang terdesak.Memerlukan wang untuk menyara hidup sementelah,dia hidup sebatang kara tanpa ibu bapa disisi. Tapi ada dia kesah?Huh,tanpa ibu bapa hidup dia lagi aman rasanya!Kematian ayahnya sungguh memberi impak kepada Ellysa sendiri. Ibu?Huh,tiada apa yang menarik tentang wanita yang bergelar ibu itu!Hanya pandai lepaskan tanggungjawab pada orang lain sahaja! Buat masa kini,dia hanya tanam anggur sahaja.Mujur teman serumah merangkap BFFTJ dia sudi menanggung makan minumnya Namun memang tak pernah lagi tercatat dalam kamus hidup dia tu yang akan berjumpa spesies lelaki bajet bagus,bajet handsome,ahh semua benda lah dia bajet! Menyampah!Setiap kali mereka bertemu pasti akan berakhir dengan pertengkaran,percakaran.Macam Tom and Jerry aja lagaknya! "Kau ni memang spesies perempuan tak ada mata ehh?" "Ewah-ewah mulut.Sebelum awak balik dengan keadaan lagi parah daripada ni,baik awak cakap elok-elok sikit!" "Kau ni,memang jenis butalah!Dah sah-sahlah aku kena belasah.Huh,dasar minah buta!" "Ciss mulut!Huh,elok-elok muka tu lebam sikit-sikit je,kang bertambah lebam baru!" "Tak sedar diri betul.Badan kecik besar tapak tangan aku aja,ada hati nak tambah lebam?Mimpilah dik oi!" Huh,mamat ni,memang dia blacklist kan.Kalau jadi jodoh ni,erghh minta jauhlah!Simpang malaikat 44,tetapi Ellysa semakin terdesak. Last sekali dapat upah kalau,jadi isteri.Tapi masalahnya yang offer tu,siapa lagi kalau bukan mamat bajet bagus tu,Khail Redza! "Aku upah kau supaya jadi isteri aku.Pendapatan kau pun lumayan,and aku tahu kau tengah terdesak.So deal?" "Berapa?" "Berapa aja yang kau nak." "Hah?Serius ke?Ok kalau macam tu,saya nak satu juta ringgit setiap kali saya buat kerja?Amacam?" "Kau ni gila ke apa?Lebih-lebih nampak!Huh,kalau kau tak nak,then settle!Ramai lagi yang nak dapat offer dari aku.So bye-bye sweetie!" "Ehh,kejap!Oklah-oklah.Deal." 'Everything starts with a lie.' [Start:18/6/2018] [End:1/9/2018]

Pertemuan Yang Terindah

Farisya

5

"Kita akan bersua empat mata selama 24 jam dan selepas 24 jam, I tak nak tengok lagi muka you dan bayang you pun jangan sesekali melintas dekat depan mata I, faham?" Temu janji selama 24 jam yang dirancang oleh Armell adalah bertujuan untuk memenuhi permintaan Hayy Mikael iaitu lelaki yang dia cuba tepis sejak dari awal pertemuan mereka dengan janji lelaki itu tidak akan muncul lagi dihadapannya apabila tamat saja tempoh yang diberi. Namun, janji hanya tinggal janji bilamana lelaki itu semakin kerap menampilkan diri dihadapannya. Hayy Mikael muncul kembali atas permintaan yang terakhir dan berharap permintaannya kali ini dapat ditunaikan. Alahai, permintaan apa lagi ni? "Janji dengan I, you takkan pakai seksi-seksi lagi lepas ni? Kalau you berjaya tunaikan permintaan I, sumpah I tak kacau you dah. Janji!" Permintaan yang tak seberapa Hayy Mikael itu buatkan Armell tersenyum sinis. Walah! Tak sesulit yang dia fikirkan pun. Kata-kata tak seindah bicara. Permintaan yang dianggap terlalu mudah itu rupa-rupanya tak semudah yang disangka. Dan lelaki itu terus mengganggu dan mengganggu tanpa jemu. Armell pasrah. Biarlah, anggap saja yang Hayy Mikael tak pernah wujud dalam hidup dia! Bukannya susah, haha! Namun, pertemuan selama 24 jam yang pernah dirancang selama ini telah memutikkan cinta tanpa dia sedar. Cinta mula hadir dalam hati Armell. Hayy Mikael menjadi tempat dihatinya. Saat hati sedang diulit bahagia, Armell menerima satu kejutan yang selama ini cuba dirahsiakan oleh lelaki itu dan serta-merta membuatkan dia rasa tertipu sepanjang perkenalan mereka. Rahsia yang sangat besar sehingga tidak mampu diterima akal! "Aku memang baik untuk maafkan kau. Tapi tak bodoh sangat untuk terus percaya kau lagi." -Armell "Apa maksud keterpaksaan merelakan? Maksudnya, kau terpaksa lakukan apa yang kau paling tak rela lakukan. Kau tau rasa sakit tu macam mana? Kau tak akan tau kalau kau tak punya rasa apa yang aku rasa." -Hayy Mikael

Cinta Itu Bukan Milikku

S.N

4.9

2nd story from SN. Status: Ongoing. Cinta bersulam duka dan airmata, mampukah bahagia? Warning: You've to be mature enough to read this story. Plagiarism is strictly prohibited. Copyright reserved by the author. Genre: Sad-Family-Drama with Mystery & Romantic. "Papa, Laila nak adik..." Laila. Ah Sudah! Tak ada isteri nak datang adik dari mana nak oi. Megat Hadi picit dahi. Pening kepala. Runsing. Mana nak dapat adik dalam sekelip mata? Di tambah pula Puteri Nur Laila Faiha sering mengajukan soalan yang bikin kelu lidahnya. Tak cukup dilema, teman-temanya juga sering memomokkan dia betapa seronoknya mempunyai adik sendiri. "Papa bila Laila nak dapat adik?" "Papa Laila boring main sorang-sorang. Kalau ada adikkan best. Laila boleh main sama-sama dengan adik." Megat Hadi memberi cadangan untuk mengambil anak angkat tapi Laila tolak mentah-mentah. Sampai buntu Megat Hadi dibuatnya. Akhirnya Megat Hadi akur. Tak ada cara lain. Dia akan mendapatkan isteri bagi memenuhi kehendak Laila. Bertambah serabut bila Laila sendiri mahu dia yang memilih calon isteri untuk papanya. Megat Hadi gigit bibir. Dia sendiri nak cari isteri bukan main susah. Kalau tak. Masakan dia sanggup menduda sehingga 5 tahun lamanya. Nak harapkan anak yang baru berusia 5 tahun tu pula cari calon? Alahai anak... jangan dipilihnya tu package makcik-makcik bawang sudah. Haru hidupnya. Belum cukup disitu. Pemilihannya pula akan dibuat disebuah shopping mall. Gila! Megat Hadi semakin kuat menepuk dahi. Tak pernah dibuat dek orang cari isteri dishopping mall anak oi... Bukan ke lebih baik cari isteri di tempat yang lebih sepatutnya contohnya surau, masjid atau majlis-majlis keraian? Kenapa mesti di shopping mall yang rata-ratanya tempat perempuan berfoya-foya. A.K.A menghabiskan duit? Di office dia sendiri belambak perempuan yang boleh dibuat calon isteri. Hai pening! Tapi itulah kehendak Laila. Megat Hadi buntu. Tak diikutkan kehendak anak, nanti Laila mengamuk. Kalau diikutkan dia yang susah plus merana tingkat 7. Dia juga susah nak memujuk Puteri Nur Laila. Dia pun bukan pandai sangat memujuk. Akhirnya Megat Hadi bersetuju. Bermulahlah cerita selepas itu. Dan bermulalah perjalanannya diantara Megat Hadi Imaruddin dan Luuna Kamila. Bagaimana kesudahannya? Date Published: 18.07.2018 Date Completed: TBA