NOVELPLUS GOT TALENT

Bekas Kekasih

Sufiy

5

Amaran Keras! Bekas Kekasih sumpah cliche cerita melayu. Kalau sudi sila teruskan pembacaan anda. Note : Plagiarism is always there dear but believe me kau tak akan puas bila kau ambil hak orang. Tak power betul kau ni main curi-curi. Otak jenis tak berkembang ke oi? * Peace! * .......... ' Apakah kita sedang mempertahankan hubungan.....atau pun menunda perpisahan? ' - Ratna Ezzaty ' Dua-dua pun perlukan kekuatan bukan? Kita ada pilihan? ' - Afan Nashriq ' perkahwinan tu bukan macam lego. You pick up the pieces , and build a lego house. When things go wrong we can knock it down? And whalah! Let's build new one! ' - Noah Izz ' Saya pegang janji awak. Kalau pun terpaksa membiarkan hati sendiri sakit, saya rela. Saya percaya awak ' - Ayana Betul kata orang. Hati ni organ paling kompleks dalam tubuh manusia. Sekali dia sakit, parutnya kekal biar bermacam penawar dalam dunia ni ditalakan. Ez bukan gadis luar biasa. Ez gadis normal yang punya gaya hidup yang agak kucar kacir. Hidup dalam keluarga yang berpecah belah seorang ke timur, seorang ke barat , bukan sahaja berpisah tempat tetapi berpisah pendapat dan berpisah pemikiran bukan mudah bagi Ez. Inikan lagi soal cinta dan jodoh. Sungguh Ez terus sesat dan hilang arah. Bukan gelanggang Ez. Ez tak pernah peduli. Hidup sendiri dah membiasakan dia. Lagi pula nak mengharapkan hati manusia lain. Bukan cara Ez nak ambil peduli. Sebab.. Sekali dia kecewa, terus dia berdendam.. Mengeraskan hati dan jiwa dia. Afan, Dia bukan lelaki stereotype dambaan gadis-gadis lain. Dia bukan lelaki yang poketnya tebal bak kamus dewan bahasa yang selamba mengeluarkan duit berangka lima kosong dibelakangnya. Bukan juga lelaki charming yang boleh melemahkan segala urat wanita-wanita. Dia sejenis lelaki yang disenangi kerana sikapnya yang bersahaja yang tidak peduli dengan kata dan pandangan orang lain. Baginya A adalah A. Tak mungkin akan ditukar ke huruf lain. Benci lah dia. Dia tak peduli pun. Lagi orang menyampah dengan dia, lagi lah dia suka nak mendekat! Noah, Kalau pilihan ditangan dia, dia tak akan buat anak orang gaya begitu. Tapi siapa dia? Dia makhluk Allah juga yang perlu akur dengan hukum alam. Perlu tunduk pada kemahuan orang lain. Tewas bila diberi terlalu banyak tekanan. Panggil lah dia selfish. Memang dia selfish pun kalau untuk wanita itu. Ayana, Jadi terlalu baik ada salahnya juga. Kadang-kadang perlu untuk pentingkan diri untuk menjaga hati sendiri. Siapa je yang rela cintanya diambil? Lagi pula cinta yang sungguh-sungguh dia dapatkan. Tapi takdir Tuhan. Kun Faya Kun. Kau percaya takdir tak? Kisah kita tak mungkin akan sama. Kisah kita kini berbeza.

My Mister Richest

Nana Riana

4.9

Kejadian dua tahun lalu menyebabkan FAIRA ALISHA hilang ingatan dan sekarang dia menjalani kehidupan baru sebagai seorang guru sekolah rendah. Namun, sesuatu telah terjadi kepadanya di mana seorang budak lelaki bernama AQIL SYAUQI tiba-tiba memanggilnya dengan panggilan mama. “Kenapa dengan mama ni, hah?! Papa itukan suami mama. Mama, mama Aqil. Suami sendiri pun mama tak kenalkah?” ~ AQIL SYAUQI “Apa bukti akak ni mama Aqil?” ~ FAIRA ALISHA “Aqil tak ada bukti. Tapi, papa ada bukti. Aqil pernah nampak gambar mama dekat papa.” ~ AQIL SYAUQI QAIZ TALHA anak kepada seorang jutawan yang terkenal di kota Allend. Disebabkan Aqil Syauqi tidak berhenti menyebut nama perempuan itu, dia mengambil keputusan menyuruh teman baiknya siasat semua perkara tentang Faira Alisha. “... Perempuan ni ada buat salah besar dengan kaukah?” ~ SHAZWAN “Ya. Kesalahan yang dia buat ni sangat besar. Melibatkan nyawa aku dengan budak tu sekali.” ~ QAIZ TALHA “Dia dah curi hati aku dengan Aqil. Sebelum parah baik kau tolong aku siasat dia ni. Aku tak nak tersilap langkah nanti.” ~ QAIZ TALHA. Qaiz Talha tidak akan mensia-siakan usahanya untuk mendapatkan semula Faira Alisha. Gambar Faira Alisha yang disimpannya itu membawa cerita tersirat yang berlaku dua tahun lepas. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan perempuan itu ada di depan matanya. Dia juga menyuruh perempuan itu berhenti mengajar dan memberi tugas untuk menjaga Aqil Syauqi. Namun, ada masalah lain juga yang perlu Qaiz Talha hadapi. Masalah perempuan yang bernama TALITA, model terkenal di kota Allend. Perempuan yang tidak habis-habis mengacau hidupnya. “... Awak nak saya pakai bahasa apa lagi supaya awak faham, hah?! Tolonglah hentikan semua ni. Saya memang tak ada hati dengan awak. Kenapa awak nak paksa saya juga?” ~ QAIZ TALHA “Qaiz Talha. Kau dengar sini. Kalau aku tak dapat kau. Perempuan di luar sana juga sama. Aku tak akan sesekali biarkan perempuan lain dekat dengan kau selain aku. Kau hanya milik aku seorang saja.” ~ TALITA

Mencari Mr. Dia

Nia Elysa

4.9

Apa terjadi bila insan yang kita sayang pergi dalam masa beberapa saat? Adam Zarieyl sepupu kepada Rayqal meninggal dalam satu kemalangan yang meragut jiwa. Pemergian Adam Zarieyl secara tiba-tiba membuatkan hidup Iris Nadia sepi. Kelam. Dia menyalahkan dirinya atas apa yang terjadi. "Iris, katakan kalau Adam tiba-tiba tiada lagi dalam hidup Iris suatu hari nanti, boleh ke Iris hidup tanpa Adam?" - Adam Zarieyl Mr. Dia telah tiada. Iris Nadia terluka. Hanya Kila tempat dia mengadu segala rasa. "Mana bisa aku lupakan dia, kau tahukan dia dah lama jadi sebahagian dalam hidup aku?" - Iris Nadia Di saat Iris kesedihan, Rayqal hadir hulurkan tangan. Sukar untuk Iris membuka hati untuk cinta baru. Hanya kerana janji, Iris akur. Dia menerima Rayqal dengan seikhlas hati. Bella, bekas kekasih kembali menagih cinta. Dia nekad mahukan Rayqal jadi miliknya. Suatu perancangan diatur rapi. "Aku nak bagi warning kat kau. Hei, perempuan! Kau dengar sini. Rayqal is mine. Mine. Kau jangan nak menggedik dengan dia." - Bella Ayana Iris kehilangan lelaki yang dicintainya sekali lagi. Dia memilih untuk berundur. Rayqal semakin hilang akal. Dia sanggup lakukan apa saja untuk jadikan Iris Nadia miliknya. "Iris, ikut saya. Kalau awak tak ikut saya, saya seret dan bawak awak lari dari sini." - Rayqal Farish Seseorang muncul. Dia jadi pemerhati drama antara mereka bertiga. Siapakah Mr. Dia yang Iris Nadia cari selama ini? "Aku tahu semua kisah kau. Tentang Adam Zarieyl. Tentang Rayqal. Tentang Bella." - Aiman Radzi "Kerana air mata ini telah lama kering untuk dia." - Iris Nadia Mungkinkah ada secebis kebahagiaan buat Iris Nadia dalam menyulam kasih sekali lagi?