Selamat Hari Raya Aidilfitri

Cinta dipagi Raya!

Hazzel

5

“Hah, cakaplah apa yang awak nak cakap tu.” Aku berjalan perlahan menuju ke jambatan kayu itu. Jadi inilah jambatan yang dikatakan nenek tempat abang Kimi, Adam dan budak-budak yang lain buat gimnastik sebelum terjun ke dalam sungai. Huih, tinggi juga jambatan ni. Ingatkan rendah aje. Rupanya lebih daripada dua puluh  kaki jugalah tinggi jambatan  ni ke sungai kat bawah tu. Sempat mata tengok bawah. Naik bulu roma tengok air sungai tu dari ketinggan aku berada sekarang ni.  Walaupun air sungai nampak jernih kehijauan. Cantik dan mendamaikan sesiapa yang memandang, tapi kalau jatuh ni boleh patah  leher kalau kepala jatuh menjunam dulu. Erk, tak naklah aku dekat sangat dengan jambatan ni. “Kalau aku cakap ni, jangan pula kau terjun jambatan tu.” Suara garau yang kedengaran daripada belakang itu buatkan aku berpaling. Nada macam nak aje aku terjun dari jambatan ni. Kening sedikit berkeut memandang Adam yang turut melihat aku. Jaket yang terpasang dibadan tegapnya kini sudah dibuka. Nampaklah t-shirt lesu yang dia pakai tu. Parang yang dibawa juga dia telah letak kat tepi jalan bersamaan glove yang digunakan tadi untuk ambil buluh. Aku sendiri tak tahu kenapa aku boleh anggukkan aje kepala aku dan ikut kemahuannya untuk datang ke jambatan ni. Tadi masa kita orang berehat dari angkat batang-batang buluh yang sudah selesai dipotong, abang Kimi ajak tengok sungai kejap. Katanya nak tengok air terjun. Aku pun excited nak pergi  tapi tiba-tiba Adam berbunyi minta aku tunggu dengannya.  Mula-mula tu tak nak setuju. Gila ke nak setuju?  Dengan Adam aku nak berdua-duaan. Memang taklah! Tapi memandangkan abang Kimi kata dia dengan yang lain akan tunggu kita orang kat sungai tu, jadi taklah aku takut. Setuju ajelah dengan permintaan Si Adam tu walaupun sebenarnya aku ragu-ragu. Sudahlah adik dia cakap yang Adam ni ada perasaan kat aku. Mulut yang boleh bertutur dengan baik ni boleh jadi bisu tahu bila aku menghadap dengan Adam. Janggal!  Kiri kanan aku pandang kejap. Mana tau ada kereta yang nak lalu. Sebab jambatan yang kita orang tengah berdiri sekarang ni merupakan jambatan yang menghubungkan dua jalan raya. Tapi nasib baik juga tak ada kereta yang lalu masa ni. Aku pandang lagi lelaki yang nak cakap entah apa dengan aku tu. “Dah kenapa pula saya nak terjun bagai? Awak nak cakap I love you ke?” aku gelak tak pasal. Rasa lawak dengan lawak aku sendiri. Masa itu kaki mulai menapak perlahan. Cuba menjauh dari jambatan.  Gugup sebenarnya cakap macam tu. Tapi aku cuba juga berlagak biasa macam selalu. Bukan tahu betul atau tak yang Adam memang suka aku. Kut-kutnya apa yang jadi tadi tu sebenarnya hanya secara kebetulan? Kut-kutnya apa yang Diyan cakap tu salah. Buat malu aje tiba-tiba ubah perangai depan Adam. Karang dia tanya apa masalah aku. Nak jawap apa nanti? “Kalau aku memang berniat macam tu, apa kau nak balas?”