Pilihan Editor

Snow White Mr. Millionaire

Sufiy

4.9

" Siapa nama you? " soal Aireen. Dia sudah dapat jalan bersaing dengan lelaki itu. Ye lah kan, main ikut je. Nama pun tak tahu lagi! Ni kalau Karl tahu mesti dia jealous! " Rifdi Aneeq " jawabnya ringkas langsung tidak menoleh memandang Aireen. "Eh eh! Tak nak tahu nama I ke? " soal Aireen kembali mengejar Rifdi yang semakin laju langkahnya. Rifdi simpan tawanya. Sengaja mengenakan Aireen. Suka pula dia tengok gadis itu terkedek-kedek berjalan. " Aireen Marsya! " ujar Aireen sedikit menjerit. Dia tetap bagitahu namanya walaupun Rifdi sudah semakin ke depan. Apa hal dia ni? Aireen Marsya! Salah seorang pelayan di kafe itu, gadis yang mempunyai ketinggian asia biasa iaitu 5 kaki 3 inci, berambut lebat berwarna hitam pekat separas leher, kulit putih melepak, potongan badan tidak terlalu kurus dan tidak terlalu gemuk serta mempunyai lesung pipit dalam berlubang di kiri dan kanan pipinya bila tersenyum. " Kau dengar sini. Aku lepaskan kau tapi kau ingat! Satu sen pun duit laki aku kau jangan sentuh! Kalau aku dapat tahu, mati kau aku kerjakan! Jangan harap kau nak jumpa bapak kau lagi! Faham tak? " herdik Faridah dekat dengan telinga Aireen. Matanya tidak beralih dari wajah kacak Syed Karl Zaquan. Entah kenapa, dalam ramai-ramai gadis cantik dan popular di universiti itu, dia juga yang dipilih oleh Syed Karl Zaquan. Bukan setakat orang melayu yang meminatinya, malah minah salleh pun suka padanya namun Aireen Marsya juga yang dipilih. Pelbagai warna ada dalam kehidupan seorang yang bernama Aireen Marsya. Siapa Syed Karl Zaquan? Siapa pula Rifdi Aneeq?

Cik Bento, I Love You

Nana Riana

5

#Cinta #sweet #bento #romantik Kerana BENTO, ANIQ RAFISQY dan SUHANA IVY dipertemukan buat kali kedua di sebuah kawasan sekolah. Aniq membuat keputusan untuk mendapatkan gadis itu dengan caranya sendiri. Dalam sekelip mata sahaja kehidupan Suhana Ivy berubah. Dia menjadi tunang Aniq tanpa dia sedari. Itu semua disebabkan oleh uminya sendiri yang telah menerima pinangan dari pihak Aniq. Mahu atau tidak, dia terpaksa menerimanya dengan hati yang terpaksa. “When you agree to accept the ring that mean you’re mine. You are my fiancée” ~ ANIQ RAFISQY “Awak ni dah kenapa, hah?! Saya dah kata yang saya tak nak pakai cincin ni. Saya tak nak bertunang dengan awak!” ~ SUHANA IVY “Cik Bento tak nak bertunang dengan saya tapi keluarga kita sudah terima. Now, we are engaged. Sarung balik cincin tu atau nak kita berdiri di sini sampai pagi.” ~ ANIQ RAFISQY Walaupun bergelar tunang dan bakal isteri kepada Aniq, namun Suhana Ivy masih tidak mempunyai perasaan cinta terhadap lelaki itu. Hatinya masih dihimpit dengan perasaan yang dia sendiri tidak pasti terhadap Faiz Dylan, teman lama yang datang kembali untuk mencarinya. Pada masa yang sama, dia di ganggu oleh Edine, teman kepada tunangnya itu. “Hei, perempuan! Kau ingat kau tu bagus sangat! Kau pun sama saja dengan aku yang nakkan Aniq semata-mata kerana harta dia. Bukan cintakan dia sepenuh hati, pun.” ~ EDINE Hubungan mereka seperti air pasang surut, Suhana Ivy tetap mengalah dan menurut apa sahaja kemahuan tunangnya. Aniq juga tidak mahu melepaskan tunangnya walau apa jua yang berlaku di antara mereka.