Prince

MISTER_F

5

Kalau hidup tak memerlukan pilihan, mesti best... Hikayat ini bukan menceritakan mengenai putera raja yang hidup di kayangan. Putera raja yang perfect totally dari segi mental dan fizikal. Ini kes abang-abang angkat kembar yang selalu memeningkan kepalanya macam hidup dengan prince dekat istana. Puteri Nur Natasya.... Seorang anak yatim piatu tinggal bersama opah tanpa saudara di pinggir bandar. Dia sangat mendambakan adik beradik untuk menghilangkan rasa bosan tinggak bersama opah. Disebabkan satu insiden yang menayangkan kebaikan hati murninya, dia dijadikan anak angkat seorang keluarga tengku yang sangat baik. Namun, keluarga ini mempunyai 6 orang adik beradik kembar yang semuanya lelaki. Bertuahlah kamu dapat adik beradik. Opah tahu kamu dah selalu doa nakkan saudara. Nampaknya Allah dah tunaikan semua permintaan kamu -opah Dia memang bahagia pada mulanya tetapi lama-lama dia menderita sangat tinggal bersama lelaki-lelaki yang tua 5 tahun dengannya. Dah sesuai sangat buat suami.Dia sebagai adik angkat sentiasa runsing dengan perangai abang-abang angkatnya. Ini bukan kes D.I.D ataupun kes Multiple Personality Disorder mahupun Split Personality. Ini kes abang kembar 6 yang mempunyai muka handsome macam artis lelaki Malaysia tetapi semua personaliti sangat berbeza. Natasya siap boleh senaraikan nama artis dekat semua abang-abangnya. Naim Yusuf@Ashraf Muslim Abang sulung orang masjid. Sentiasa baik rupa paras persis ulama agama. Sangat sangat baik dan tawaduk. Danish Isa@Shukri Yahaya Abang kedua perangai macam syaitan kalah firaun. Hidup sentiasa mengacau orang. Kalau hidup dengan azazil pasti dapat kamcing punya. Sufian Adam@Redza Rosli Abang ketiga perangai pemalas nak mati. Rasanya mandipun seminggu sekali kut. Hidup sentiasa malas tetapi kalau bab kerja....workholic habis. Farish Soleh@Izzue Islam Abang keempat hidup macam perempuan. Kerja pun fashion designer a.k.a MOA memang sangat cerewet yang menjengkelkan. Dirinya kalah kalau bab perempuan. Kamal Idris@Fattah Amin Abang kelima sentiasa misteri. Hidupnya ingin dia sahaja yang ada. Sangat menakutkan nak hidup dengan manusia ni. Macam hidup dengan hantu. Ashraf Noh@Syafiq Kyle Abang bongso paling manja. Tak reti buat semua benda. Hidup langsung tak boleh berdikari. Anak mama dan papalah katanya. Satu je yang Natasya tahu persamaan mereka semua.Semua akan jadi satu kepala bila dengan perempuan. Habis jadi sebulu bila cakap pasal perempuan. Model...GRO....pornstar. Zahirah Maxwilson, Emma Maembong, Uqasha Senrose. Semua jadi macam wonderpet. Hidup satu rumah dengan semua lelaki membuatkan Natasya jadi gila. Tambah lagi amanat papa angkat yang sangat memerlukan dia membuat pilihan. Pilihan yang akan menyakitkan hati seseorang. Apakah amanat itu? Sampai bila Natasya boleh bertahan? Siapa sebenarnya Natasya? Memang sekadar anak angkat atau anak kandung? Mister.F 7.12.18

My DeVil Husband

msrRabbit

5

Mike Elvin.Dia merupakan pewaris ACE holding yang terkenal.Elv lelaki yang suka berfoya-foya dengan kemewahan yang diberikan oleh ayahnya.Akan tetapi,ramai yang menggelar dirinya sebagai "Devil" kerana hidupnya yang suka membunuh dan sikapnya yang tidak berperikemanusiaan.Dia mengikut sahaja arahan ayahnya dengan sempurna.Semua untuk harta dan pangkat semata-mata. Lain pula dengan gadis manis Elyssa Elena yang masih berusaha untuk mendapatkan duit.Dia masih belajar dalam bidang kulinari.Impiannya semasa kecil adalah membuka bakeri.Itu tidak mudah semenjak ayahnya meninggal kerana dilanggar lari semasa majlis hari kelahiran Elena tapi dia masih berasa was-was dengan kejadian yang ditimpa ayahnya.Elena cuba mendapatkan bukti kukuh kemalangan itu. Elv terpaksa memperisterikan seorang gadis yang tak cukup standard iaitu Elena.Tapi dalam masa yang sama,Elena sudah ada seseorang yang dicintai.Dia terpaksa berputus dengan Affan teman lelaki elena yang rasa dikhianati kerana sekeping gambar Elena bersama elv pada malam itu yang diviralkan oleh ibu elv, untuk menghalang elv berkahwin bersama kekasih hatinya.Kalau anak dara takpe tapi ini pelacur!Memang tak boleh dibiarkan. "Aku tak boleh hidup bebas macam selalu disebabkan kau!Kalau kau takde malam tu semua ni takkan terjadi!Aku boleh berkahwin dengan Wana bukannya kau!You are dummy!"-Elv "Ingat awak seorang yang sengsara kat sini?saya terima awak pun sebab kesian kan hidup awak yang menyedihkan ni.Sekurangnya apabila saya hadir,awak akan berubah ke arah yang sewajarnya.Itu tugas saya"-Elena Bagaimana Elena sanggup hadap perangai devil suaminya itu.?Sepanjang perkahwinan itu,Elv tak kisah langsung tentang elena.Dia lagi sayangkan Wana kekasih hatinya.Sikit pun dia tak beri nafkah.Nasib baiklah Elena dapat berkerja di cafe bagi menampung pembelanjaan.Elv pula rutinnya pagi balik makan,malam pergi club.Tak sempat jenguk muka pun.Tidur pun asing.Begitu jijiknya Elena di mata suaminya itu. "Awak nak tanya ni.Boleh tak awak jadi imam bila magrib nanti?Boleh kita sama-sama dapat pahala" "Apa kau cakap ni.Solat pun aku tak geti ini nak aku jadi imam.No waylah" Susah betul nak ubah sikap elv yang makin jauh daripada ajaran Islam.Pelbagai pujukan diberikan tapi tetap tak berkesan.Mana taknya kalau dapat suami yang serupa perangai macam devil. #msrRabbit

Jangan Kau Pergi!

Fatin Ismail

4.8

 ~ Aku lebih rela untuk tidak mengenalimu daripada harus, melupakannmu! ~ Fatin March Ismail. Seorang gadis melayu yang penuh dengan sopan santun. Berkulit sawo matang. Amat disayangi oleh kedua ibu bapanya. Memilih untuk melanjutkan pelajarannnya di Netherlands yang jauh nun di sana. Dia langsung tidak kenal erti cinta. Cintanya hanya untuk alam semesta. Dia amat bencikan lelaki melayu! Ya! Phobia dengan lelaki melayu! Dia tidak pernah bercinta tetapi satu tragedi telah berlaku dan disebabkan peristiwa itu, hati dia telah tertutup untuk mencintai lelaki melayu! Tetapi hidupnya mula berubah dengan kehadiran seorang ' mamat poyo' kacukan France dan Netherlands. Hatinya mula dicuri dan terusik. Hidupnya semakin ceria dek usikan dari ' mamat poyo' itu. Adakah ini cinta? Entah, dia pun tak pasti kerana dia takut untuk mencintai seseoarang. Cinta itu membebankan?.  Tetapi keseronokan itu tidak kekal lama apabila ' mamat poyo' tersebut terpaksa pergi meninggalkannya.          " Aku faham kau tapi ak....."-'mamat poyo'       " Tak, kau tak paham aku, kalau kau faham, kau takkan tinggalkan aku!" Pemergian ' mamat poyo 'meninggalkan satu kata kata misteri, " Ik hou van je" Itulah kata kata terakhir 'mamat poyo ' itu sebelum pergi meninggalkan Fatin. Adakah ia membawa maksud yang mendalam? Atau ia hanya sekadar kata kata biasa? Fatin menjalani hidupnya seperti biasa setelah ketiadaan ' mamat poyo' itu. Segala rasa marah, benci, kecewa, dan rindu cuba untuk disembunyikan. Tapi, setelah 2 tahun berlalu, kesakitan kembali menusuk kalbu. 'Mamat poyo' kembali buat kali ke 2. Adakah ada maksud tersirat? Atau hanyalah sekadar kebetulan?          " Fatin, wait, for me..."          " What?! Wait for you? I've been waiting for 2 years! 2 years!..." Kehadiran Adam, jejaka melayu, memberi sinar baru dalam hidup Fatin, tapi disebabkan tragedi silam, dia tak dapat menerima cinta dari Adam hanya disebabkan dia orang melayu?! Rasa cinta Adam terhadap Fatin tergugat apabila dia mengetahui bahawa ada orang lain yang juga menaruh hati pada Fatin!. Merissa? Seorang gadis Dutch  yang sanggup lakukan apa saja untuk memastikan ' mamat poyo' tersebut berada dalam genggaman tangannya.         " She deserved that! And you? You are mine!" - Merissa. Kehandiran Merissa , Adam, dan ' mamat poyo' kacukan France dan Netherlands itu membuatkan hidupnya tidak senang duduk. Perkara ini menjadi lebih rumit apabila ibunya mempunyai pendapat yang bertentangan dengan pendapat Fatin.       " Mama nak kamu menikah dengan jejaka melayu, no matter what happen, malay is malay!" - Puan Fazliana       " Tapi ma, Fat....."       " Takde tapi tapi! Fullstop!" Hidupnya menjadi lebih sukar apabila ibunya mengenalkan Fatin dengan seorang jejaka melayu idaman wanita malaya. Kacak, kaya, putih, tinggi dan berkejaya. Sungguh sempurna. Tetapi tidak bagi Fatin.          " Ayah awak ada jual aircond ke?" - Daniell Ridza           " Ayah saya arkitek, bukan jual aircond!"         " Tak, sebabnya, mata saya sejuk setiap kali pandang awak." - Daniell Ridza 3 lelaki ? 1 perempuan psycho? Memang menyukarkan kehidupan! Antara ' mamat poyo', Adam dan Daniell Ridza, siapakah yang akan berjaya menakluki hati Fatin? Tapi siapa sangka, mereka berempat mempunyai rahsia yang tersendiri!