Mr.King Control

Hazzel

Romance Series 197310
4.9
(879 ratings)

Synopsis

Unierah merupakan gadis yang baru berumur 19 tahun .Kedua ibu bapanya sudah meninggal kerana terlibat dalam kemalangan jalan raya. Unierah hidup sebatang kara.Namun kebaikan Keluarga Dato Azlan menjadikan dia sebagai anak angkat menyebabkan dia orang yang sangat di sayangi oleh keluarga tersebut. Unierah tidak suka keluarga angkatnya memanjakannya. Bagi Unierah kasih sayang yang mereka berikan sudah cukup. "Bila hutang bos kita orang kau nak bayar? Bos aku tak boleh tunggu dah. Kalau kau tak dapat bayar, kau bayar dengan diri kau. " Unierah tersepit. Dia yang tidak mahu menyusahkan keluarga angkatnya hanya mendiamkan diri. Hutang Ayahnya yang sudah mencecah 30 ribu itu buat Unierah buntu. Mana dia mahu dapatkan duit sebanyak itu? 30 sen dia ada lah. Semasa melariakn diri dari kedua orang suruhan along tersebut, Unierah terlanggar seorang lelaki yang sombong lagi bongkak bin badak. Habis baju lelaki bongkak itu kotor dek dia tidak sengaja tersiram air sirap. Namun dalam marah- marah lelaki itu , Unierah yang di kejar oleh kedua lelaki berbadan tegap itu di tolongnya juga. 30 ribu di serahkan begitu sahaja tanpa menoleh semula. Unierah tercengang ,siapa lelaki itu. "Terima kasih encik. Sebab tolong saya tadi."-Unierah. "Bila masa aku tolong kau? Aku beli kau dari dia orang. Mulai hari ni, kau orang suruhan aku! "- Haziq Huzaif. Unierah yang permulaannya tidak setuju dengan lelaki itu akhirnya akur apabila lelaki tersebut mengugutnya untuk masukan ke dalam penjara. Apabila menjadi orang suruhan lelaki itu. Kehidupan Unierah berubah 360°. Keselesaan yang selalu dia rasai dahulu tid.ak dapat di nikmati kerana lelaki itu asik mengawal pergerakan nya 24 jam. Ada saja yang tidak kena di mata Haziq Huzaif. Dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, Haziq Huzaif sediakan. Unierah terpaksa menurut apa saja yang lelaki itu mahu kan sehinggakan Unierah terpaksa berkahwin dengan Haziq Huzaif. "Kalau saya tahu lah saya jadi macam ni. Baik saya lari je seumur hidup saya dari along tu daripada tengok muka awak 24 jam! "-Unierah. "Bersyukur lah sikit. Kau kawin dengan aku. Kau nak ke jadi hamba along tu? Nak layan dia 24 jam? Baik kau layan aku ni yang memang halal lagi harus kau bagi 'hak' aku sebagai suami. " - Haziq Huzaif Dalam gaduh gaduh, timbul rasa sayang. Dari perasaan benci yang amat sangat, perasaan cinta mulai bersemi. Unierah mengenali hati budi Sang suami yang sebenar. Dia jatuh cinta dengan Haziq Huzaif yang juga sudah berubah 100% sifatnya. Baru sahaja mahu mengenal apa itu bahtera asmara perkahwinan, Unierah mengetahui siapa Haziq Huzaif sebenarnya. Adakah Unierah akan menerima Haziq Huzaif ,ataupun menolaknya begitu saja?


Share this novel

Rate this story


Comments

BellaQS
2018-11-10 

hazzel chap 1,2,3 mmg tkde ke??

Jessica Dugil
2018-09-27 

hazzel...x pnah mengecewakan. bca novel sampai kluar air mata. ayat2 smua masuk k dlm hati. tQ hazzel, semoga terus bekarya dgn jayanya

Nurin Ezua
2018-07-29  1 Replies

sorry slh comments... sume karya hazzel... best sgt2 smpai berdebar nk bace bab seterusnye??

Hazzel

2675 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience