Betul Ke Mati Dah Ditetapkan?

Tarbiah2

Other Completed 1041
5
(1 ratings)

Synopsis

Bab maut ni rasanya semua dah sedia maklum. Tetapi saya nak cerita juga sebab ramai orang selalu lupa dan kadang kala salah faham bab maut ni. Apa itu maut? Seorang sahabat namanya Syaddad bin Aus r.anhu beritahu, "Kematian adalah kengerian yang paling dahsyatdi dunia dan akhirat bagi orang yang beriman. Kematian lebih menyakitkan dari goresan gergaji, potongan gunting, panasnya air mendidih di periuk. Seandainya ada mayat yang dibangkitkan dan menceritakan kepada penduduk dunia tentang sakitnya kematian, nescaya penghuni dunia tidak akan tenang dengan hidupnya dan tidak nyenyak dalam tidurnya[1]." Mati ni adalah pemisahan jasad dengan roh kita. Dan ia sangat sakit! Saya tak tahu la sakit macam mana sebab tak pernah mati, tapi ia sangat sakit. Allah sebut tentang maut, "Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari darinya". (Surah Qaaf 50:19)             Dan kematian ni bukan semata-mata tamatnya kehidupan kau, sebenarnya ia adalahPERMULAAN kepada kehidupan yang ketiga, iaitu kehidupan akhirat. Kehidupan yang kita tidak ada pilihan lagi. Sebab pilihan dah diberi semasa hidup.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Tarbiah2

66 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience