Kerana Secawan Coffee

miss_tiger

Romance Series 2404
4.3
(3 ratings)

Synopsis

Hidup ini seperti coffee , ada yang manis , ada yang pahit. Tetapi jika hidupnya hanya ada perisa pahit yang amat kelat , bagaimana pula? Haruman hidupnya begitu enak tetapi siapa sangka rasanya begitu pahit? Itulah kehidupan seorang gadis yang nasibnya hanya Tuhan yang tahu siksanya. Syafinas Aulia , seorang gadis yang baik budi dan akhlaknya. Rupa yang menawan membuatkan semua jejaka menaruh hati padanya dan membuatkan hati wanita lain dipaut cemburu. Tetapi hidupnya tidak seindah rupanya. Setiap hari pasti ada penderitaan yang dialami olehnya , mahupun dari segi fizikal atau mental. Dia menghadapi dugaan itu dengan tabah dan sabar. Tetapi setabah manapun hatinya , matanya sudah lali dengan air mata yang menitis penuh duka. Syahrizal Imran , Si Anti-coffee yang akan mengubah hidupn Syafinas Aulia. Pertemuan tanpa diduga dan disatukan tanpa dirancang membuatkan Syahrizal Imran membencinya tanpa sebab. Tetapi kebencian itu dibalas dengan cinta yang tulus. Kerana satu perkara yang membuatkan Syafinas Aulia terpaksa membawa diri untuk pergi. Sudah tiada lagikah kasih di dunia ini untuknya?? Benci dan dendam sahajakah yang ada?? Setelah dia hampir melupakan cinta terhadap hak mutlaknya. Kerana secawan coffee , dia dan Sang Anti-coffee bertemu kembali lalu membuatkan butir-butiran cintanya hadir sekali lagi. Adakah cintanya akan terbalas setelah sekian lama terpisah atau cuma angan-angan sahaja?? ©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©©© "Kau jangan dekat dengan aku , perempuan murahan. Aku jijik dengan kau!!" - Syahrizal Imran "Salahkah Sya memberi sepenuh hati Sya pada hak mutlak Sya??!" - Syafinas Aulia "Semua itu dusta!! Kenapa selama ni abang tidak pernah lafazkan kata-kata cinta itu?!!" - Syalyzen Irdina "Aku rasa , kalau kau benci sangat dengan perempuan tu... Lebih baik kau lepaskan sahaja dia... " - Mikael "Aku CINTAKAN dia , Tapi aku tidak akan robohkan kebahagian dia kerana cinta aku yang tidak kemana ini!!!" - Syahlyzan Irdiwan


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

miss_tiger

10 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience