TAKDIR CINTA KITA

belle

Romance Series 20755
4.8
(154 ratings)

Synopsis

perlahan-lahan aku cuba menurun kebawah. sesekali aku cuba memandang kiri kanan. manalah tahu ada orang nampak aku cuba melarikan diri dalam saat genting ni. skret. skret. macam bunyi baju terkoyak. aku pandang atas. satu baju yang berwarna putih telah terkoyak sedikit. "makkkk!!!" aku jatuh. tapi badan aku langsung tak sakit. aku lihat baju yang aku ikat tadi sudah pun terkoyak. kain yang selebihnya ada pada aku. aku cuba bangun tetapi badan aku seperti terkunci sahaja kerana baru aku teringat untuk melihat apa yang aku hempap. "allah!" aku menjerit. lelaki berbaju melayu ini mengerang kesakitan. mungkin sakit menampung berat badan aku yang berat. "aduh! sakit pinggang aku." dia mengaduh kesakitan. aku rasa sungguh bersalah. aku lihat dia terus bangun sambil mengurut tempat yang dikatakan sakit. "maaf encik. saya tak sengaja." aku menutup mata sambil memohon ampun. ya allah! malunya aku! tulah anis, lain kali tengok bawah. ada tak orang lalu lalang kat area ni. ha, tak pasal-pasal dah hempap orang. "anis?" suara garau itu memanggil aku. suaranya seakan aku pernah dengar, terus aku buka mata. danny! "kau nak lari dari kahwin eh?" danny senyum sinis sambil memeluk tubuhnya. dia memandang aku yang masih lagi terduduk diatas rumput. "awak...tolong saya awak. saya tak nak kahwin. bawak saya lari. saya janji kalau awak bawak saya lari saya akan belanja apa yang awak nak." sumpah! sumpah aku terdesak gila sekarang ni! aku tak kisah lah mamat ni nak apa, asalkan dia bawak aku jauh dari sini. aku tak sedia pegang title 'isteri' dia menggeleng perlahan dalam kesakitan. bibirnya mengukirkan senyuman sinis. "alah...takpayahlah lari-lari. jom aku bawak kau pergi sana." jarinya menunding kearah ruang tamu yang sudah penuh dengan tetamu. dia menarik aku. aku terus melepaskan tangan aku darinya. gila ke apa mamat ni?! aku tak nak! aku taknaklah! "tak nak! kan saya dah kata tak nak kahwin." aku berhenti dari mengikutnya. memang aku tekad dah aku tak nak kahwin. aku tetap dengan keputusan aku. "maksud aku bukannya kahwin. kita mengakulah yang kita ni bercinta. alah, pandailah aku cakap yang kau ni sebenarnya... hesh! kau nak malukan ayah kau ke kalau pernikahan antara lelaki tu dengan kau tak jadi? kau nak ayah kau marahkan kau?" aku percaya dan aku ikutnya dari belakang. aku duduk di tempat khas pengantin. berlakon. sabar, sekejap lagi akan ada drama bermula. dan saat itu aku tidak akan kahwin lagi. hahaha!!!


Share this novel

Rate this story


Comments

belle
2019-02-04  2 Replies

anyone, can i know the genre that you love to read?

ahlinujum7
2019-02-02  2 Replies

Alieyin.. Kenapa komen2 kat bawah ni x sama dengan cerita ni.... Mcm something ada missing ke

ahlinujum7
2019-02-02  1 Replies

Best.. Nanti fast update yea alieyin

belle

342 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience