TANPAMU

MOXX

Family Completed 8269
4.9
(17 ratings)

Synopsis

“Dina. Dina. Bangun. Kenapa tidur sini?” suara seorang wanita mengejutkanku. Aku tersedar daripada lena yang aku rasakan panjang. Ku lihat ibu Taufiq sedang duduk di sebelahku dengan wajah risau. “Mak cik. Saya tunggu Taufiq tadi. Tertidur pulak.” “Kan dah lewat. Kenapa tak tunggu kat dalam?” suara Taufiq kedengaran. Ye. Suara yang aku nantikan. Aku lihat Taufiq masih berpakaian yang agak formal. Pastinya dia baru sahaja pulang. “Eh. Abang pun dah ada. Hurm. Kejap eh. Dina pergi ambilkan makanan. Tunggu kejap eh.” Aku segera masuk ke dalam rumah untuk mengambil makanan buat Taufiq. Aku melihat jam di dinding. Pukul 10 malam. Hatiku terdetik sayu. Sampai hati abang balik lambat macam ni. Setelah puas dengan makanan yang diambil, aku menatang pinggan tersebut keluar. Dari celahan pintu rumah yang tidak tertutup rapat, aku dapat mendengar perbualan Taufiq dan ibunya. Hatiku tergerak untuk mendengar perbualan tersebut. “Ibu. Apa abang nak buat dengan Dina? Kalau lepas ni dia macam ni jugak?” itu suara Taufiq. “Ibu pun tak tahu. Ibu ingat dia tunggu dekat dalam.”


Share this novel

Rate this story


Comments

Arra faera
2021-06-24 

Hai, jemput baca novel Miss Lolipop (follow dan tinggalkan komen)

sysuraya
2017-09-24 

sedih citer ni

ombak qaseh
2016-11-05 

best..nangis woi..asal crta pendek..huhu..mwmg best..

MOXX

15517 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience