“Dia bukan hantu!” Tegas suara Ainul Hikmah bergema. Beberapa rakan setingkatan mereka yang ada di dalam kelas tersebut memandang mereka berdua apabila mendengar suara Ainul Hikmah yang sedikit beremosi. Pandangan-pandangan itu kemudiannya dialihkan daripada mereka berdua dengan susulan bisik-bisik nakal. “Mereka kata aku gila.” Ujar Ainul Hikmah dalam nada suara yang perlahan dengan hujung matanya tertuju ke arah rakan-rakan yang berbisik-bisik itu. Ada senyum sinis di bibir mereka. “Maksud kau?” “Mereka kata aku berkawan dengan hantu. Kerana itu aku gila. Itu kata mereka. Dan mungkin kau pun fikir begitu bukan?” Imtiyaz menggeleng. Menidakkan.
View All Chapters (Total 12 Chapters)
Update 07 March 2018
2018-08-11
NINA
2017-07-28
alamak..dah bayar asal x ley baca juga yea.