Cinta Jangan Pergi

Ira' Iraee

Romance Completed 43447
4.9
(146 ratings)

Synopsis

Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta musnah dalam sekelip mata. Genap setahun usia perkahwinan, Qeisya Irdina diceraikan. Tangisan dan rayuannya langsung tidak mendatangkan kesan di hati Hadif Arfie. Kehadiran si kecil yang baru menginjak usia sebulan juga tidak mampu menjentik hatinya untuk mempertahankan mahligai yang dibina. Qeisya hilang arah, hilang punca malah hilang kekuatan untuk berdiri. Kehadiran Adam Ar-Wardi yang meluahkan cinta dikatakan sekadar mengambil kesempatan di atas kelemahan dirinya yang ditinggalkan suami. Perkenalan yang terlampau singkat membuatkan Qeisya Irdina tidak menerima simpati Adam. Dia mahu membuktikan dirinya kuat tanpa seorang suami. Saat dia kembali berpaut untuk berdiri, Hadif hadir menagih cinta. Memohon maaf atas segala khilaf namun Anis Ayuni tidak membenarkannya sama sekali kerana bagi Anis, Hadif Arfie miliknya. Adam semakin memencil diri, kecewa apabila cinta dianggap simpati. Qeisya buntu. Dia cuma inginkan kebahagiaan. Dia inginkan cinta bukan simpati semata-mata. Hadif pula merayu ingin kembali, membina semula mahligai yang musnah bersama si kecil Dhia Adelia. Namun, Anis tidak mudah menyerah kalah. Apa yang harus Qeisya lakukan?


Share this novel

Rate this story


Comments

Jamilah Ghafar
2024-03-05  1 Replies

Alhamdulillah. Pengakhiran yg cukup indah.

Fadzilah El
2023-01-04  1 Replies

Novel yg best....bahagia sesudah derita. Tahniah ira.

Alieeya Ahmad
2022-12-31  1 Replies

tahniah sis terbaik penulisan

Ira' Iraee

240 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience