Generic placeholder thumbnail
BUKAN DIA UNTUK KAU BENCI ( SERIES )

#RIFIYASFAS

4.9

Free

Romance | Series

73585 Views

WARNING ! Drama Melayu CLICHE ! " Datangnya Aku untuk membalas dendam dan hadirnya kau sudah dirancang ," - MEGAT MAHREZ DANISH - Mengisahkan Naz Allesya Danielle yang diburu oleh seorang billionair yang pernah dibulinya ketika di zaman sekolah menengah iaitu Megat Mahrez Danish . " Kau dengar sini baik - baik , Allesya . Aku betul - betul dah menyesal sebab mencintai kau. Dan , mulai hari ini aku lepaskan kau . But , if one day we meet again. Aku takkan teragak - agak untuk balas dendam dekat kau . Aku akan buat hidup kau hancur semuanya termasuk harga diri kau. Kau faham ? ," - MEGAT DANISH - " Saya dah tak kisah apa yang awak nak buat dekat saya . Awak nak bunuh saya ke , nak tikam saya ke atau awak ... nak rogol saya sekalipun . Saya dah tak kisah. Bagi saya , apa yang awak buat selama ni sia - sia sebab awak tak tahu cerita yang sebenar ! ," - NAZ ALLESYA DANIELLE - Hidup Allesya berubah saat bertemu dengan Danish semula . Hidupnya menjadi derita ! Bagi Danish , kebahagiaan sebenar dalam hidupnya ialah penderitaan Allesya ! Adam Lian , bekas tunang kepada Allesya dan juga merupakan kawan lama Allesya ketika sekolah dahulu hadir mengharu - birukan lagi hidup Allesya ! Adam Lian juga berusaha untuk cuba membunuh Allesya apabila Allesya meninggalkannya dan memutuskan ikatan pertunangan mereka. Kehadiran Puan Sri Zarith Misha yang membencinya saat mengetahui hal sebenar lagi membuatkan hidup Allesya tidak tenteram. Tetapi , itu semua tak mematahkan semangatnya untuk menjalani hidup walaupun menjadi tahanan Danish. Danish menyeksa zahir dan batin Allesya sehingga Allesya pasrah dan rela diperlakukan kejam oleh Danish . Danish keliru dengan perasaannya sendiri. Adakah dia amat memerlukan Allesya dalam hidupnya ataupun hanya sebagai melepaskan dendam yang lampau ? " I love you in silence because I know when I love you in this way it's mean no rejection from you ," - ALLESYA DANIELLE - Tapi itu hanya boleh diluahkan di dalam hatinya bukan di hadapan Danish. Saat mengetahui hal yang sebenar , Danish akui dia amat memerlukan Allesya dalam hidupnya . Tetapi , itu semua sudah terlambat ! Tiada maaf untuk Danish . Allesya menghilangkan diri untuk menenangkan hatinya sakit kerana perbuatan Danish . Masih adakah ruang untuk Danish dihati Allesya ? Mampukah Allesya memaafkan perbuatan Danish selama ini ? " Aku dah katakan Bukan Dia Untuk Kau Benci , Danish ! But , kau degil ! Kau ikut hati dan perasaan dendam kau yang selama ni tak pernah pudar ! Sekarang ni , aku nak kau dapatkan Allesya semula ! ," - DAYYAN - Danish mati kutu ! Kuatkah Danish untuk berhadapan dengan Allesya ? Published date : 16 April 2019 Deadline date : •••••••• View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

pia

best sangat..

2019-12-16 20:45:42.0

Profile Picture

Norizaitul

:(

2019-12-16 18:54:03.0

Profile Picture

#Shrex#

Hi...Best novel awak...Tak sabar nak tau apa yang akan berlaku selepas ni...Keep updating ye

2019-12-16 15:27:53.0

Rate