*Editing in progress Kawan... Disebabkan istilah itu, Rozana sanggup menyepi.. Tutup mulutnya daripada jelaskan apa yang ada dihati. Dia lebih sanggup tersiksa demi melihat kebahagiaan orang yang dia cintai daripada diri sendiri yang memiliki. Rozana Haini sanggup mengundurkan diri... Dalam fasa kecewa, hati lara dirawat tanpa pengetahuan si kawan baik. Buat muka derk macam itu sahaja bila lelaki yang dia cintai jelas dimiliki oleh lain... Menangis meraung.. Dah buat dah. Bolehlah hilang sikit rasa walaupun masih kecewa. Masa dia kecewa itulah, datang orang yang dia tak sangka-sangka. Tekejut juga Rozana bila dia tidak sengaja terlanggar Mamat handsome giler itu depan pintu pagar rumah sendiri. "Erk.. maaf cik. Cik kenal tak encik Umar?" Rozana tak berkedip pandang mamat itu. Orang handsome kut depan mata. Haruslah di scan dari atas sampai bawah. "Ada.. ermm ni rumah dia. Masuklah. " Rozana Haini. Orang sebelah rumah rupanya.. Tak ke jakun Si Rozana dapat jiran Model itu. Tapi model-model pun, ya Allah.. Baiknya bukan main. Sangat berbudi perkerti dengan Orang Tua.. Sekali lagi Rozana berjumpa orang yang sama. Di kampus!!! Dan... Terkedu gila dia. Tak jadi nak tegur jiran yang di sangka baik itu. Rupanya orang itu kaki perempuan! "Well... well... well... We meet again Mia bella..." Adit Kalifah. Dengan senyuman pencair hati dia berikan pada Rozana. Erk! Lepas apa yang dia nampak tadi, tak mahu Rozana kawan dengan Adit! Bengang dia dengan mamat tu. Ergh!!! Nak cuci mata ni dengan air tanah.. Samak sebaiknya apa yang dia lihat.
Update 06 December 2024
2019-08-15
sukee dgn watak adit..tenanggg je walau apepown situasi nye...cume kurg detail pasal sikap playboy adit...hihihi good job hazzel..
2019-05-17
hurm..best sangat cite nii!!suka sangat..hehehee..teruskn lagi penulisan novel nii yer..saya nantikan??
2019-01-05
BEST EVER