MENANTI DI HUJUNG WAKTU

IRAWUYS

Other Completed 3851
4.8
(5 ratings)

Synopsis

Nama aku Sara. Aku pemilik kereta Myvi yang telah melanggar lampu isyarat lalu merempuh Nissan Murano itu. Tubuhku separuh hancur. Raut wajahku juga remuk bermandikan titisan darah yang tidak henti-henti mengalir kerana cermin keretaku lebur apabila melanggar Nissan Murano itu. Aku mati ditempat kejadian. Aku bergegas melanggar lampu isyarat kerana mengejar masa untuk menghadiri upacara majlis makan malam tahunan bersama rakan-rakan syarikatku. Sebelum bergegas ke majlis makan malam itu, aku berada di pejabat kerana waktu berkerja masih belum tamat. Sementara menunggu waktu bekerja tamat aku hanya duduk bersahaja melayari laman sosial Fac dan berbalas-balas komen dengan rakan Fac. Melihat fail-fail atas meja ini buat anak mataku semak dan aku biarkan kerja-kerjaku itu bertaburan atas meja. Bunyi azan Asar dari sebuah masjid yang berdekatan dengan pejabatku ini sememangnya menyeru manusia supaya segera menjirus mana-mana anggota tubuh badan yang diwajibkan dalam syarat wuduk sebagai tanda untuk menghapuskan dosa-dosa kecil.


Share this novel

Rate this story


Comments

Guest User
2017-01-29 

alhamdulillah

senni85
2016-10-17 

mengingatkan kita kepada kematian..pengajaran jalan cerita yang memberikan keinsafan..

IRAWUYS

15505 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience