Generic placeholder thumbnail
SUMPAHAN SI PARI PARI

SUZIEakaCHA

4.8

Free

Fantasy | Completed

7152 Views

SUMPAHAN SI PARI PARI sinopsis Miya seorang pari tercantik di istana Dulches dia sangat terkenal dengan budi bahasa dan kebaikkan hatinya. Ayahnya adalah raja segala pari di dalam kerajaan pari pari. Ayahnya baru sahaja mengahwini pari Morgana. Sungguhpun Miya tidak setuju dengan keputusan ayahnya namun, dia tidak dapat menghalang kerana ayahnya telah nekad. Pari Morgana telah membuat helah agar Miya di usir dari kerajaan pari. Pari Morgana mempunyai niat jahat untuk menguasai kerajaan pari dan dia tahu Miya akan menjadi penghalang. Pari Morgana telah mengarahkan suruhannya untuk mengambil kayu sakti dan serbuk sakti Miya lalu membuangnya ke dunia manusia biasa. Setelah kehilangan semua kuasa saktinya pari Morgana menghasut raja pari iaitu ayah Miya agar Miya di usir dari kerajaan pari. Pari yang telah kehilangan kuasa tidak layak lagi untuk tinggal di dalam kerajaan pari dan Miya telah di usir lalu di hantar ke dunia manusia, bukan hanya di usir oleh ayahnya tetapi ayahnya juga telah menyumpah Miya menjadi seorang manusia biasa yang paling hodoh, tubuhnya dipenuhi tompokan merah darah dan berbonggol kecil di belakang. Fikiran ayahnya telah di racuni oleh ibu tirinya iaitu pari Morgana, tidak ada lagi kasih sayang dan belas kasihan di dalam hati ayahnya. Sumpahan Miya akan berakhir apabila dia menemui kayu sakti dan serbuk saktinya. Seorang pari tercantik disumpah menjadi manusia biasa dan yang paling terhodoh itu telah jatuh hati kepada seorang lelaki manusia biasa yang sangat angkuh dengan ketampanannya. Dapatkah Miya mengembalikan kecantikannya itu dan sekaligus mendapatkan cinta sejatinya? Ikuti kisah Miya didalam cerita ini. ~ORIGINAL STORY BY SUZIEakaCHA~ View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

SUZIEakaCHA

terima kasih Azeanna Anna

09/08/2018 04:40 PM

Profile Picture

Azeanna Anna

Best sangat...tahniah

03/08/2018 11:56 AM

Profile Picture

SUZIEakaCHA

thank you for reading my story. buat masa ni sy tak dapat update apa2 story kat dalam nih. sy tengah fokus utk siapkan projek cerpen yang akan dihantar pada penerbit.

16/07/2018 08:54 AM

Rate