Betul Ke Rezeki Dah Ditetapkan?

Tarbiah2

Other Completed 690
5
(3 ratings)

Synopsis

Sebelum kita pergi sejauh mata memandang, kita pergi kepada yang dekat di hati, iaitu apakah definisi rezeki. Kalau kita ikut tafsir Quran asy-Sya’rawy, rezeki yang disebut adalah, “Rezeki adalah apa-apa yang kita RASAKAN MANFAATNYA, sama ada halal ataupun haram, sama ada baik ataupun buruk.” Kemudian dia tambah lagi, “Bererti apa sahaja yang kita rasakan MANFAATNYA bermakna ia adalah rezeki kita, dan segala sesuatu yang tak dapat kita mengambil manfaat daripadanya (walaupun milik kita), bukanlah rezeki kita, tetapi rezeki orang lain.[1]”             Definisi ini serius sangat padu baq ang kata orang kedah, padat dan sentap. Rezeki bukan hanya harta atau duit yang kau guna untuk beli iPad. Tetapi rezeki juga boleh jadi dalam bentuk ilmu, akal, air, tanah, api, udara, sahabat baik, anak soleh, kerja jadi mudah, assignment senang siap, senang jawab exam, dapat jodoh yang baik, dapat jadi mayat yang wangi macam pakai dashing dan sebagainya. Dengan kata mudah, 1)    Rezeki ini kita dapat rasa manfaatnya. 2)    Walaupun ia halal atau haram, baik atau buruk. 3)    Milik kita belum tentu rezeki kita. Dalam bab sebelum ini, saya dah bahaskan bahawa rezeki sudah ditetapkan dan apa PILIHAN yang kita ada adalah WAJIB buat PERSEDIAAN untuk mendapatkan rezeki. Kita ada pilihan sama ada nak dapat rezeki yang baik dan halal, atau dapat rezeki yang buruk dan haram. Rezeki ini memang dah ditakdirkan walau kita nak sangat rezeki, atau kita tak nak sangat rezeki. “Sesungguhnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dengan tidak terhitung jumlahnya.” (Surah ‘Ali Imran 3:37)             Rasanya dari definisi ini, kau dah boleh faham insyaAllah apa itu rezeki. Cuma persoalannya sekarang ini, apakah pula itu PERSEDIAAN? Persediaan yang saya maksudkan adalah IKHTIAR dan USAHA.Ikhtiar sebelum mendapat rezeki yang saya maksudkan adalah kau fikir dan PILIH rezeki macam mana yang kau nak. Rezeki ini dah ditakdirkan walau kita kejar atau lari macam mana pun. Jadi apa PILIHAN yang kita ada adalah dengan PILIH “jenis” rezeki yang kita mahu. Kita nak rezeki yang baik, atau rezeki yang buruk. Rezeki yang halal, atau rezeki yang haram.


Share this novel

Rate this story


Comments

Farah Latiff
2019-09-13 

Alhamdulillah banyak manfaat apa yang ada dalam buku ini

Tarbiah2

66 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience