CANTIK

DON'T ASK

Short Story Completed 2309
5
(5 ratings)

Synopsis

Cantik _ ngeri _psiko _pembunuhan Dia duduk di kerusinya. Bas itu penuh dgn kawan² Nisha. Dia bencikan mereka. Dia selalunya duduk di kerusi sebelah kanan paling belakang. Bas itu tak jadi masalah, masalahnya kerusi tu. Tak selesa, keras dan kaku. Dia tak mahu duduk di sana. Cuma utk hari ini dia ingin duduk dgn selesa. Dia berdiri dan pergi ke salah satu kerusi depan yg agak selesa. Dia duduk di sana, mengeluarkan buku sejarahnya dan mula membaca. "Hei, robot hodoh! Berani awak duduk di kerusi saya!" pekik seorg gadis berambut perang. Kiara berhenti membaca dan mendongak. "Ini kerusi awak ke? Ada nama awak tertulis kat sini?" katanya. Gadis berambut perang itu menjerkah marah, "Rasanya si dungu hodoh ni dah melampau. Kawan², mari kita ajar dia." Dgn itu, jeritan kesakitan Kiara memenuhi bas tersebut. * ~ * ~ * ~ * Dia mengetuk pintu. Kiara menundukkan kepala. Pakaiannya koyak, rambutnya kusut-masai, ada lebam² biru hitam di sekujur tubuhnya dan ada di antaranya yg berdarah. Diam² dia teresak-esak. Dia tahu ibunya bukan saja akan memarahinya, tapi dia juga tak dibenarkan keluar rumah selama seminggu. Kesalahannya? Dia cuma enggan duduk di kerusi yg tak selesa. Tapi sebagai balasan, mereka menyakitinya bukan saja secara fizikal, tapi juga secara mental. Kini dia cuma terfikir hendak membalas dendam. Ibunya membuka pintu dan tersentak bila melihat Kiara. Tak lama kemudian air muka terkejut itu bertukar menjadi jegilan marah. "Apa kejadahnya, Kiara! Apa ni?" tengking ibunya. Tanpa sepatah kata pun, Kiara masuk ke dlm. Dia mula menuju ke bilik tidurnya bila ibunya tiba² menyambar lengannya. Dlm sekelip mata Kiara merasakan pipinya pedih. Ibunya menampar dia. "Kiara, di mana adab kamu? Kamu tak hiraukan soalan mak?" tanya ibunya dgn marah. "Lain kali kalau mak nampak kamu macam ni lagi, mak akan halau kamu keluar dari rumah ni!" Dgn itu, ibunya menolak dia dgn kasar. Tak mampu mengawal dirinya, Kiara rebah dan kepalanya terhantuk ke meja. Dia mencengkam kepalanya erat² dan mula menangis. 'Kenapalah aku begitu malang? Apa salahku hingga aku diperlakukan sebegini rupa? Adakah aku akan mendapat kasih sayang?' Dia bangkit dan mula melangkah ke bilik tidurnya. Dia menutup pintu dan melemparkan begnya ke katil. Dia duduk di lantai dan menangis tak terkawal. 'Kenapa aku begitu hodoh? Kenapa?! Kenapa aku tak memiliki keluarga yg penyayang? Kenapa aku tak disayangi?' Inilah persoalan yang asyik berputar-putar dlm benaknya. Dia berdiri dan berjalan ke cerminnya. Dia menatap dirinya sendiri. Dia menatap mata coklatnya yg sedikit ungu. Dia selalu fikir matanya unik, tapi bagi org lain itu sesuatu yg menakutkan tentang dirinya. Cuma menyeramkan. Tiba² dia terfikir sesuatu. Dia teringin nak jadi cantik. Dia mahu semua org menyukai dan menyayanginya. Dia mahu org memandang wajahnya dgn mesra, bukannya merenung dingin. Dia menatap dirinya lagi. Parut di wajahnya yg diakibatkan oleh ibubapanya, Nisha dan kawan²nya masih ada. Tangannya juga dipenuhi parut, tapi diakibatkan oleh dirinya sendiri. Hukuman yg disebabkan oleh nasibnya malang. Dia teringin nak jadi cantik tapi utk merealisasikan hasrat itu, dia perlukan sedikit bantuan. Dari 'kawan²'nya. 'Tapi bagaimana caranya?' Kemudian tiba² satu idea maut terlintas di fikirannya. Dia menyeringai. Idea yg sempurna utk menjadi cantik...


Share this novel

Rate this story


Comments

Miss_queenroses
2019-02-03 

Best,jemput baca novel saya,"selamat tinggal cahaya"

miss aliena
2019-01-06 

best,jemput baca cerita saya..The way to my heart ><

No one
2018-01-22  1 Replies

Menakutkan..tpi besttt!!!!

DON'T ASK

65 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience