Mengumpat itu tanda pengecut?

Tarbiah3

Crime Completed 1790
5
(4 ratings)

Synopsis

“Orang yang mengumpat ni pengecut dan takde maruah, hati kotor dan buruk akhlaknya…” Tulah pesanan seorang ustaz kepada saya. Sentap jugaklah. Tapi bila fikir-fikir balik, memang itulah hakikatnya. *** Bismillah. Insyallah, topik kali ni agak hangat sikit, iaitu bab mengumpat dan cakap belakang. Saya rasa saya perlu ulas benda ni secara detail dan spesifik, sebab ada di kalangan kita, depan-depan, bajet soleh, akhlak pergh macam malaikat, depan-depan puji dan sanjung, hormat bukan main. TAPI, bila BELAKANG kita, punyalah dia kutuk, memburukkan, caci maki dan bukak aib kita. Benda ni dah jadi macam benda normal. Orang dah tak rasa bersalah bila mengumpat ni. Depan-depan tak nak tegur. Depan-depan bajet macam setuju dan suka je semua benda. Tapi belakang-belakang, memang jahat gila. Best sangat ke mengumpat? Puas ke bila korang dapat kutuk kawan korang belakang-belakang? Apa yang korang dapat? Seronok, bila orang yang korang benci tu, turut di benci oleh orang lain? Best sangat ke bila orang lain pun turut membenci orang yang kita benci? Bila orang lain dah benci orang yang kita benci, whats next? Dapat masuk syurga ke? Best sangat ke mengumpat? Puas ke bila kita dapat memburukkan orang yang kita dengki dan tak puas hati pada orang lain? Bila orang lain tu turut percaya dengan keburukan orang yang kita burukkan, dan turut memburukkannya, apa yang kita dapat? Dapat masuk syurga ke buat macam tu? Best sangat ke?? Kadang-kadang saya tak faham. Orang yang mengumpat ni, apa yang dia nak sangat sebenarnya? Ada orang bagi alasan: “Aku mengumpat sebab aku nak dia berubah…” Saya tanya balik: “Dia berubah ke kalau kau mengumpat dia? Kenapa kau tak tegur depan-depan je? Kenapa kau perlu bukak aib dia, jaja keburukan dia, dan sebarkan kesalahan dia kat orang lain? Kau biar betul nak ubah dia? Nak tipu pun agak-agakla…” Ada yang bagi alasan: “Aku bukan mengumpat. Aku cakap benda yang betul…” Saya balas balik: “Itulah namanya mengumpat! Kalau kau cakap benda yang salah, itu fitnah. Kalau kau cakap benda yang betul, itulah mengumpat wahai kawanku yang hensem…” Apa lagi alasan yang kita nak bagi untuk mempertahankan perbuatan mengumpat yang kita dah biasa? Gosip sini gosip sana, nampak keburukan sikit, terus sebarkan, kononnya nak bagi orang lain tahu “siapakah” diri sebenar seseorang tu.


Share this novel

Rate this story


Comments

Sandra Tiong
2018-04-29 

bagus kalau ada orang yang tidak mengumpat pada zaman ni... sedangkan orang yang kuat agama lagi suka mengumpat.... ramai orang yang macam tu... sedih rasa... rupa je mcam baik tapi belakang aduhhh....

Tarbiah3

38 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience