"SETUJU ke dengan deal yang aku katakan tadi?" soalnya bila dah hampir setengah jam aku duduk berdua dan berbincang dalam bilik ofis dia yang terletak kat tingkat sepuluh ni. Semua bilik CEO mesti kat tingkat paling tinggi sesuatu bangunan ke? Tak boleh ke kat tingkat bawah je? Aku diam. Berfikir seketika. Dia tawarkan aku suatu pekerjaan yang memerlukan aku untuk bersama dengan dia kat mana-mana pun. Pendek kata, macam aku cakap hari tu, dua puluh empat jam! Tetapi, tak termasuklah waktu malam. Cakap je dua puluh empat jam tapi kami tetap balik rumah masing-masing. Gilalah nak tidur serumah dengan dia, kan? Aku timbang baik dan buruk. Dapatke aku lakukan seperti yang dia tawarkan ni? Memang ni yang aku nak untuk masukkan dalam kajian aku. Tapi, ni macam dah terlebih pulak. Takut nanti dia akan salahkan aku kalau berlaku sesuatu yang tak dijangka. Ayat terbaik, berlaku sesuatu kerana kelemahan diri aku sendiri.
View All Chapters (Total 10 Chapter)
Update 07 March 2018
2021-05-26 1 Replies
jangan lupa update lagi
2021-03-31 1 Replies
kalau sign free 7 hari kena bayar juga ke?
2021-02-06 1 Replies
nice and best.good luck dan jangan lupa nak update lagi yem:)