Andai Ini adalah Takdir

Tika Dan Saat Ini

Short Story Completed 1985
0
(0 ratings)

Synopsis

Malam ini dingin sekali, Hujan membasahi bumi, Sudah pastinya tiada bintang yang menyinari, Menyinari malam yang suram, Malam ini aku sendiri lagi, Menghayati ertinya sepi di hati, Aku sudah terbiasa begini, Bagaimana dinginnya malam ini, Begitu jualah hatiku, Langsung tidak terusik dengan kesunyian, Aku rela begini kerana hatiku sudah mati, Untuk merungut jauh sekali, Malam ini kelam tanpa bintang, Begitu juga hatiku yang terus suram, Dari hari ke hari terus mati, Tidak terdetik pun rasa ragu, Tidak terdetik pun rasa serik, Malahan terus angkuh tanpa sedar, Malam ini menjanjikan sepi, Walau angin dan hujan menderu di luar, Namun hati ini terus terkunci mati, Untuk apa aku kisahkan? Tiada maknanya aku endahkan, Kerana aku akan tetap begini, Selalu di tinggalkan sendiri, Dan menjadikan hatiku terus mati, Malam ini takkan pernah menjanjikan bahagia, Biar mutiara jernih ingin mengalir, Ku cuba menahan sekuat rasa, Untuk apa ku  panggil ia? Tiada siapa yang akan mengerti, Biar ku terus ukirkan senyuman bahagia, Walau hati di dalam menjeruk rasa, Malam tetap kelam dan suram, Dalam dinginnya malam hatiku terus membeku, Jiwa pun menjadi kaku, Untuk apa ku persembahkan hati nan walang, Takkan ada yang terkesan, Hanya aku saja yang bakal berterusan kecewa, Kecewa pada rentetan kehidupan dunia,


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Tika Dan Saat Ini

5 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience