RATAPAN SEORANG ISTERI

Wan Sabrizal

Drama Completed 7737
4.5
(17 ratings)

Synopsis

Nediya, seorang gadis muda yang sangat cantik sering kali jatuh cinta terhadap lelaki yang sudah pun memegang status sebagai suami orang. Baginya, gelaran suami orang itu tidak penting demi menyelami cintanya itu. Laila, seorang gadis yang naif cuba menyelamatkan rumah tangganya daripada dimusnahkan oleh Nediya. Suaminya, Khalif begitu tergila-gilakan Nediya sehingga sanggup melafazkan kalimah talak kepadanya. Laila mencuba pelbagai cara untuk mempertahankan rumah tangganya itu daripada musnah dek ketaksuban suaminya menjalin hubungan cinta dengan Nediya itu. Takdir sekelip mata membuatkan Nediya insaf selepas dia terkenang nasibnya sendiri bagaimana bapanya dirampas oleh wanita lain daripada ibunya. Nediya berjanji akan meninggalkan Khalif selepas Laila berjumpa dengannya. Beberapa tahun berlalu, Nediya kini hidup bahagia dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Faris. Mereka dikurniakan seorang bayi perempuan yang sangat comel bernama Qiesha. Dalam kebahagiaan mereka itu, rumah tangga mereka diuji dengan kehadiran Letizia yang cuba menjadi orang tengah dalam hubungan mereka. Nediya bagaikan terkena karma sendiri selepas apa yang dia sudah lakukan kepada Laila selama ini. Teruskan membaca untuk mengetahui apakah yang berlaku selanjutnya.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

Wan Sabrizal

21 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience