Generic placeholder thumbnail
Cinta dari Indera Aurora

Nana Riana

5

Free

Fantasy | Completed

11098 Views

#Fantasi #cinta #duadunia #sweet #traveltime TERDAMPAR di sebuah tempat asing dan terperangkap di dalam tubuh seorang gadis bernama SERI MAWAR yang berumur 22 tahun. NAURA ATHIFA, 24 tahun terpaksa mengambil alih tubuh gadis muda itu. Banyak cara yang digunakan olehnya untuk keluar dan kembali ke tempat asalnya, namun, semuanya gagal. KOTA INDERA AURORA, bukanlah tempat yang senang untuk dia melarikan diri kerana dia dikenali ramai orang. Mahu atau tidak, dia terpaksa mengharungi hari-harinya sebagai Seri Mawar dan dibantu oleh SURI, adik kepada Seri Mawar. Sepanjang dia menjalani kehidupan sebagai Seri Mawar, dia didatangi oleh tiga orang lelaki. TENGKU RYAN ARJUNA, lelaki yang pada mulanya tidak menyukai Seri Mawar kini membuka hati untuk gadis itu. TENGKU RAYYAN REHAN, sepupu kepada Tengku Ryan Arjuna yang sudah lama menyimpan perasaan kepada Seri Mawar. ESMAIL atau dikenali sebagai MAIL adalah kekasih hati Seri Mawar. Semakin hari semakin sukar untuk Naura Athifa membuat keputusan. Segala masalah yang dihadapi oleh Seri Mawar terpaksa dia selesaikan. Soal hati adalah masalah yang paling besar bagi dirinya. Mujurlah, ada seseorang yang datang membantunya bila dia perlu dan mereka juga mempunyai tujuan yang sama iaitu kembali ke tempat asal. AIZ HAFIZI yang bertukar jiwa dengan seorang lelaki dari KOTA AGIS, RADIN itu tahu tentang semua perkara yang berlaku. Namun, bukan mudah untuk dia menolong temannya kerana dia juga mempunyai masalah besar. Mereka berdua melalui rintangan yang sukar untuk kembali ke tempat asal. View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

Fahsharifah Mohd Nawi

Bila nak sambung part 2 ni...best sangat..x sabar nak tunggu part 2..

11/04/2019 05:00 PM

Profile Picture

Dayang Fab

Penceritaan dan penjiwaan yg baik dlm karya.Lengkapkan dan sempurnakan kemerlangan novel ini dgn part 2. Mohon sambung part 2.

25/03/2019 05:30 PM

Profile Picture

Aniss Haneez

Bleh minta part 2 x.. sbb sy rsa crita mcn something.. mcn real.. harap ade sambungann..

22/03/2019 08:49 PM

Rate