MAT DAN MEL

NIZAM ZAKARIA

Romance Completed 4247
5
(3 ratings)

Synopsis

“Sampai bila kau nak jadi macam ni, Amat?” Dia bertanya macam orang tua bertanya. Bapa aku sendiri tak pernah tanya aku macam ni. Aku kata ini semua bukan urusannya. Apa yang aku lakukan adalah masalah aku sendiri. Dia tidak perlu masuk campur. Lagi pun aku tak mahu bertekak dengannya. Hari dah lewat. Aku kepenatan. Bila sampai rumah nanti aku nak terus masuk tidur. Tamrin kata aku ini manusia yang degil. Aku keras kepala. Aku kata aku setuju dengan pendapatnya. Aku setuju kerana aku tidak mahu dia membebel. Aku tidak suka dengar orang membebel, lebih-lebih lagi perempuan. “AKU TAK SUKA DIA MEMBEBEL!” Kataku akhirnya berterus terang kepadanya. Aku kata, aku cukup pantang dengar suara perempuan membebel.


Share this novel

Rate this story


Comments

AZMI BAKURA
2017-05-26 

best!! gentle bro.. wlupn aq dpt bca smpai bab 3. dia punya best..ah! best la snang cita.. sdih x dpt smbg baca. kena pass baca lak..

NIZAM ZAKARIA

15516 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience