Generic placeholder thumbnail
Bekas Kekasih

Sufiy

5

Free

Romance | Series

22577 Views

Amaran Keras! Bekas Kekasih sumpah cliche cerita melayu. Kalau sudi sila teruskan pembacaan anda. Note : Plagiarism is always there dear but believe me kau tak akan puas bila kau ambil hak orang. Tak power betul kau ni main curi-curi. Otak jenis tak berkembang ke oi? * Peace! * .......... ' Apakah kita sedang mempertahankan hubungan.....atau pun menunda perpisahan? ' - Ratna Ezzaty ' Dua-dua pun perlukan kekuatan bukan? Kita ada pilihan? ' - Afan Nashriq ' perkahwinan tu bukan macam lego. You pick up the pieces , and build a lego house. When things go wrong we can knock it down? And whalah! Let's build new one! ' - Noah Izz ' Saya pegang janji awak. Kalau pun terpaksa membiarkan hati sendiri sakit, saya rela. Saya percaya awak ' - Ayana Betul kata orang. Hati ni organ paling kompleks dalam tubuh manusia. Sekali dia sakit, parutnya kekal biar bermacam penawar dalam dunia ni ditalakan. Ez bukan gadis luar biasa. Ez gadis normal yang punya gaya hidup yang agak kucar kacir. Hidup dalam keluarga yang berpecah belah seorang ke timur, seorang ke barat , bukan sahaja berpisah tempat tetapi berpisah pendapat dan berpisah pemikiran bukan mudah bagi Ez. Inikan lagi soal cinta dan jodoh. Sungguh Ez terus sesat dan hilang arah. Bukan gelanggang Ez. Ez tak pernah peduli. Hidup sendiri dah membiasakan dia. Lagi pula nak mengharapkan hati manusia lain. Bukan cara Ez nak ambil peduli. Sebab.. Sekali dia kecewa, terus dia berdendam.. Mengeraskan hati dan jiwa dia. Afan, Dia bukan lelaki stereotype dambaan gadis-gadis lain. Dia bukan lelaki yang poketnya tebal bak kamus dewan bahasa yang selamba mengeluarkan duit berangka lima kosong dibelakangnya. Bukan juga lelaki charming yang boleh melemahkan segala urat wanita-wanita. Dia sejenis lelaki yang disenangi kerana sikapnya yang bersahaja yang tidak peduli dengan kata dan pandangan orang lain. Baginya A adalah A. Tak mungkin akan ditukar ke huruf lain. Benci lah dia. Dia tak peduli pun. Lagi orang menyampah dengan dia, lagi lah dia suka nak mendekat! Noah, Kalau pilihan ditangan dia, dia tak akan buat anak orang gaya begitu. Tapi siapa dia? Dia makhluk Allah juga yang perlu akur dengan hukum alam. Perlu tunduk pada kemahuan orang lain. Tewas bila diberi terlalu banyak tekanan. Panggil lah dia selfish. Memang dia selfish pun kalau untuk wanita itu. Ayana, Jadi terlalu baik ada salahnya juga. Kadang-kadang perlu untuk pentingkan diri untuk menjaga hati sendiri. Siapa je yang rela cintanya diambil? Lagi pula cinta yang sungguh-sungguh dia dapatkan. Tapi takdir Tuhan. Kun Faya Kun. Kau percaya takdir tak? Kisah kita tak mungkin akan sama. Kisah kita kini berbeza. View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

Mazlina Tamizi

janji.... apala janji afan dn ayana.. janji afan nk sehidup smati dgn ayana pa... smcm ja rsa nie.. afan nie yg mn stu dia nak ez ka ayana.. tok aki dn ucu layan ez baik.. lega rsa... apa² pon mmng best sgat² sufiy.. tahniah sufiy x prnah mghampakan pembaca² novel sufiy... smua crta sufiy best² sgat.

18/06/2019 01:32 AM

Profile Picture

Ju Ram

salam sufiy, hii kita da maii ni, kalau cerita sufiy ni kan alamat banyak episode la....so cerita ini ada berapa banyak episode? kalau mcm nia kan akak baca lambat sikit la...takut kejap2 stop...menunggu lagi...akak suka terus membaca tanpa henti nanti yg part sedih2 tu hujan nya laju aje....

17/06/2019 11:00 PM

Profile Picture

As Shila

yesss jnji utk same2 mngikat tali pertunangan bila masing2 habis belajar atau sekembalinye ayana dari luar negara....hohohoho....adakah jnji tu masih valid bile mane bunge cinta afan pade ez semakin brkembang...adoiiiii...afan tersepit antara jnji die pade ayana dan jnji die utk mnjaga ez...

17/06/2019 10:07 PM

Rate