Bakawali, Bunga Suci

SAIFUL AZAM

Drama Series 1770
5
(4 ratings)

Synopsis

Cempaka, gadis kampung yang tertimpa dengan satu 'sumpahan'. Semuanya bermula apabila suami pertamanya meninggal akibat kemalangan di hari perkahwinan. Manakala suami keduanya pula meninggal di malam pengantin. Disebabkan nasib tersebut, Cempaka dijolokkan dengan panggilan Sumpah Si Dara Suci. Cempaka akan sentiasa suci sampai ke mati. Sesiapa yang akan menikah dengan Cempaka, dimomokkan dengan kematian. Atas sebab itu, Cempaka berusaha menolak lamaran Aathif, bekas adik iparnya. Baginya, sifat berani Aathif untuk cuba membuktikan bahawa sumpahan tersebut mengarut adalah kerja gila. Dia tak mungkin risikokan nyawa orang lain demi mencari bahagia sendiri. Tak habis di situ, Farrel muncul pula dengan sikap melindungi. Hati yang menolak, lama-lama tersentuh jua. Sikap bersungguh Farrel tidak datang seperti Aathif yang dianggap sebagai saudara sahaja. Farrel berbeza! Cempaka jadi keliru. 'Sumpahan' yang melekat di batang tubuhnya betul atau tidak. Jika betul, sunggupkah dia menanggung perit sekali lagi ditinggalkan seorang suami. Jika salah, benarkah ada bahagia yang menunggu di depan sana?


Share this novel

Rate this story


Comments

BABY BOY
2019-12-14  2 Replies

bakawali bunga suci... di tinggalkan sang kekasih... hihi

SAIFUL AZAM

6 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience