Ditakdirkan Mencintai Dirimu

M. Lee

Romance Series 59672
4.9
(187 ratings)

Synopsis

Hana Damia, dia serik bercinta dek kerana sakit yang dirasa oleh pengalaman lalu. Bukan tiada usaha untuk melupakan kisah silamnya, namun tidak berhasil. Lalu dia mengambil keputusan untuk biarkan rasa di hatinya berlalu seperti angin. Tidak diduga kehadiran misteri sang lelaki menghiburkan harinya, membantu menyembuhkan luka lama, dan sentiasa membuatkan dia berbunga tapi langit tak selalunya cerah, bagi Hana Damia, dia hanya lelaki misteri dan sedaya upaya disingkirkan rasa yang mulai bersemi. Dia takut, akan jatuh lagi. Di saat luka lama hampir dilupai, Daniel muncul kembali. Menagih sisa cinta yang diharapkan masih ada. Kini dia keliru, rasa di hatinya goyah. Bahagia yang muncul tak mungkin kekal lama, satu per satu misteri yang terungkai membuatkan dirinya makin mulai menjauh. Curiga, kecewa dan benci menyelubungi dirinya, di antara percaya mahupun tidak. 'Sekiranya kau ditakdirkan untukku, satu ku pinta, jangan lagi kau pergi. Mia tak sanggup lalui luka ni lagi.' Hana Damia.


Share this novel

Rate this story


Comments

No Comment yet

M. Lee

155 followers


NovelPlus Premium

The best ads free experience