Generic placeholder thumbnail
SUARA

RABI'ATUL MARDHIAH

4.9

Free

Horror & Thriller | Series

245 Views

Di dalam bilik tersebut kedengaran seperti bunyi kanak-kanak sedang bermain, Wani mengambil langkah untuk mendekati pintu tersebut, dengan perlahan dia menolak pintu kayu yang dicat berwarna hitam dan digantung kain langsir berwarna kuning kekotoran. Dia menjengok sedikit untuk melihat dengan lebih jelas, namun keadaan sekeliling terlalu gelap untuk melihat apa yang ada di dalam, wani meraba-raba dinding bilik itu mencari suis lampu. Tikk! Lampu bilik itu pun terbuka, membuatkan bilik yang tadi gelap gelita menjadi terang benderang. Kelihatan katil kelamin yang tidak dipasang cadarnya diletakkan di sudut bilik, juga terdapat almari baju yang sudah usang dan bersawangkan labah-labah. Wani mengambil beberapa langkah perlahan memasuki bilik tersebut, ia menoleh kepalanya 360darjah memerhati di sekeliling. "Tiada apa pun?" berkata wani di dalam hati. "Cari apa?" ~ Wani tersentak, kedengaran seperti ada suara wanita yang sedang berbisik di telinganya, dadanya merombak laju, bulu romanya mula naik menegak. Tiba-tiba......... View More...

Comments Write Comments

Profile Picture

Yayan Badri

Habis smpi 15 chapter je ke.. Sayang tak tahu ending

05/03/2019 02:59 PM

Profile Picture

Saffy Yusof

NINA

28/01/2019 08:12 PM

Profile Picture

Syaashqla

Salam Atul. Boleh tahu bila akan publish the next chapter? Cerita ni dh seronok tapi tergantung jadi spoil la. Wish you luck on the next chapter. Ok?

15/10/2017 05:04 PM

Rate